Berita Harian

Burger hentak dalam roti hitam

Makanan Barat diubah suai beri keunikan tersendiri

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Teknik pembuatan atau penghasila­n daging burger yang baharu dikenali sebagai ‘smash burger’, bermaksud bebola daging yang dimasak di atas pemanggang atau kuali ‘dihentak’ menggunaka­n alat khas supaya ia penyek menjadi pipih atau leper.

Ini penting supaya tekstur atau jalinan daging berkenaan menjadi garing di luar, sekali gus mengekstra­k jus di bahagian dalam. Teknik ‘smash burger’ popular dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat (AS) dan kini ia sedang menular di Malaysia.

Justeru, bagi memperoleh pengalaman baharu dan unik menikmati daging burger yang ‘dihentak’ atau ‘smash burger’, bolehlah berkunjung ke Restoran Loveats terletak di Taman Universiti, Tanjong Malim, Perak, kirakira 55 minit pemanduan dari Kuala Lumpur atau sekitar 10 minit berjalan kaki dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tiada khidmat pembekal

Memilih konsep hipster, Restoran Loveats menampilka­n ‘smash burger’ yang dinikmati bersama roti burger atau hotdog hitam, dikenali sebagai roti arang buluh.

Fenomena roti arang buluh menjadi pilihan penduduk Jepun yang kreatif dan inovatif dalam semua aspek kehidupan mereka. Roti burger hitam yang menggunaka­n serbuk arang buluh masih baharu di Malaysia, namun ia semakin popular, sekali gus mendapat sambutan kerana kelembutan­nya berbanding roti burger biasa.

Kualitinya juga dikatakan setanding dengan roti burger atau hotdog digunakan restoran popular makanan segera.

Pemilik restoran ini, Fazlizam Abas berkata beliau bersama rakan kongsinya, Azwan Muhammad, menjadikan Loveats berbeza dengan restoran seumpama apabila menampilka­n keistimewa­an unik.

Selain teknik smash burger dan penggunaan roti arang buluh untuk menyuntik kelainan, semua bahan utama termasuk roti, malah daging burger dan hotdog seperti ayam, kambing, lembu serta ikan dihasilkan secara home made atau buatan sendiri.

“Kami tidak menggunaka­n khidmat pembekal kerana hampir semua bahan utama penghasila­n burger dan hotdog adalah buatan sendiri.

“Inilah yang membezakan Loveats berbanding restoran lain yang menampilka­n cita rasa makanan segera atau ala Barat,” katanya.

Sos buatan sendiri

Fazlizam berkata, sos yang mereka guna adalah resipi istimewa buatan sendiri.

“Alhamdulil­lah, konsep dan teknik penghasila­n makanan yang cuba diperkenal­kan ini mendapat sambutan, terutama dalam kalangan remaja dan keluarga yang membawa anakanak. Boleh dikatakan, pelanggan tetap kami terdiri daripada golongan pelajar kerana kedudukan restoran terletak berdekatan UPSI.”

“Kami juga ada perancanga­n membuka cawangan di Bangi, namun biarlah Loveats menempa jenama lebih kukuh di Tanjong Malim terlebih dulu selepas empat tahun kami beroperasi,” katanya yang mempunyai pengalaman berniaga burger di tepi jalan sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 ?? [ FOTO ASWADI ALIAS/ BH ] ?? Loveats dipenuhi pengunjung pada setiap hujung minggu.
[ FOTO ASWADI ALIAS/ BH ] Loveats dipenuhi pengunjung pada setiap hujung minggu.
 ??  ?? Fazlizam bangga hasil titik peluhnya selama 10 tahun menimba pengalaman dalam perniagaan, beliau kini mampu membuka sebuah restoran.
Fazlizam bangga hasil titik peluhnya selama 10 tahun menimba pengalaman dalam perniagaan, beliau kini mampu membuka sebuah restoran.
 ??  ?? Teknik ‘smash burger’ atau ‘hentak’ terus mendapat perhatian ramai.
Teknik ‘smash burger’ atau ‘hentak’ terus mendapat perhatian ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia