Berita Harian

Hutang wajib dilunas, usah hidup ikut nafsu

- Oleh Khuzama Abrahaman danfarahad­ibah Mohd Apandi Penulis dari Jabatan Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas Berhad

Masyarakat tidak dapat mengelakka­n diri daripada berhutang disebabkan kos perbelanja­an bagi memenuhi keperluan membeli rumah, kereta dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Perbelanja­an kos sara hidup yang semakin meningkat juga menjadi salah satu penghalang untuk membuat sebarang tabungan bagi membeli keperluan itu tanpa melakukan pinjaman. Oleh itu, berhutang menjadi jalan keluar menyelesai­kan masalah kewangan yang terhad bagi memenuhi keselesaan keluarga.

Berhutang memang mudah tetapi jika tidak dilakukan dengan cara yang bijak, kesannya akan membawa kepada derita sepanjang hidup. Tidak dinafikan terdapat keadaan tertentu yang menjadikan berhutang sebagai jalan penyelesai­an bagi memenuhi keperluan hidup.

Tetapi, menjadi satu permasalah­an jika berhutang tanpa ada pertimbang­an dan pengawalan. Tabiat suka berhutang kerana ingin memenuhi kehendak, keinginan atau tanpa mempunyai sebarang keperluan adalah satu tabiat yang buruk dan perlu dibendung.

Memiliki perspektif jelas mengenai hutang menurut pandangan Islam dapat membantu mendidik seseorang itu lebih berhemah dalam pengurusan kewanganny­a. Amalan hutang adalah perkara penting dan tidak boleh dipandang remeh.

Boleh jadi haram

Jika hutang tidak diurus dengan baik berkemungk­inan menjadi keseronoka­n yang sementara tetapi bertukar sebagai malapetaka di akhirat. Lebih memburukka­n lagi apabila yang berhutang telah memasang niat untuk tidak mahu membayar balik hutang berkenaan.

Daripada sudut hukum, hutang pada asalnya adalah harus. Namun status itu boleh berubah mengikut senario. Hukum berhutang boleh menjadi wajib apabila niatnya untuk memenuhi keperluan asas dan jika tidak berhutang menyebabka­n kemudarata­n.

Walau bagaimanap­un, hukum berhutang boleh menjadi haram jika tujuannya untuk perkara yang diharamkan Islam.

Kehidupan manusia dewasa ini semakin mencabar dan keperluan hidup juga begitu kompleks. Justeru, penting untuk memahami dan menentukan keutamaan dalam kehidupan serta bijaksana menguruska­n keperluan supaya mendapat kebahagiaa­n yang hakiki.

Tentukan keutamaan

Seseorang itu dikatakan berjaya menentukan keutamaan dalam hidupnya apabila mampu memahami garis panduan telah ditetapkan oleh Islam. Tingkatan keperluan dalam kehidupan itu termasuk dharuriyya­t (keperluan asas), hajiyyat (keperluan biasa) dan tahsiniyya­t (perhiasan).

Apabila maqasid syariah ini dapat difahami dengan sebaiknya, amalan berhutang dapat dielakkan sebaiknya. Jika terjadinya dharuriyya­t iaitu keperluan yang sangat diperlukan seperti rumah atau tujuan pendidikan, maka menjadi keharusan untuk berhutang. Ia bersesuaia­n dengan konsep menjaga agama, nyawa, akal, maruah (keturunan) atau harta benda. Hajiyyat iaitu keperluan biasa yang memudahkan seperti memiliki kenderaan sendiri juga diharuskan selagi mana ia tidak menyusahka­n akibat tanggungan hutang yang banyak. Manakala tahsiniyya­t iaitu perhiasan berbentuk perkara menjadi nilai tambah.

Sekiranya tiada pertimbang­an dalam melakukan hutang sehingga menjadikan berhutang itu satu bencana, kesannya akan membawa kesusahan kepada diri dan ahli keluarga.

Pinjaman Islamik

Dengan membuat analisis terhadap tingkatan keperluan dalam hidup membantu seseorang membuat perancanga­n kewangan yang betul seterusnya dapat menentukan keutamaan dalam hidup.

Oleh itu, jika perlu berhutang maka hendaklah dia memastikan kaedah untuk berhutang mengikut cara yang dibenarkan oleh Islam iaitu sama ada secara qard hasan (pinjaman tanpa faedah) atau menerusi fasiliti pembiayaan kewangan secara Islam berlandask­an jual beli sah ditawarkan oleh institusi kewangan Islam.

Bagi mengelak berlakunya pertikaian di kemudian hari, lebih-lebih lagi dalam senario dunia hari ini, menulis segala berkaitan dengan hutang yang dibuat adalah dituntut oleh Islam kerana hutang satu kewajipan yang perlu dilangsaik­an.

Mudah-mudahan dengan memahami konsep hutang dan cara menguruska­nnya membantu masyarakat menentukan sama ada berhutang suatu keperluan atau sebaliknya, seterusnya dapat menikmati hidup lebih bahagia yang bebas daripada belenggu hutang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia