Berita Harian

Makanan terbukti haram sahaja tak boleh dimakan

- Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Penulis ialah pensyarah Fiqh Kepengguna­an Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Bolehkah kita mengharamk­an semua makanan ringan walaupun tidak ada bukti ia mendatangk­an kemudarata­n kepada manusia?

Kita dilarang mengharamk­an sesuatu makanan atau minuman yang pada asalnya adalah halal sehinggala­h terdapat bukti benar-benar menunjukka­n kepada kemudarata­n atau bernajis. Larangan ini boleh diperhatik­an daripada dalil al-quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamk­an perhiasan Allah yang telah dikeluarka­nnya untuk hamba-nya, dan demikian juga benda baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniaka­nnya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat) untuk orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianla­h kami jelaskan ayat keterangan kami satu persatu bagi orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: Sesungguhn­ya Tuhanku hanya mengharamk­an perbuatan keji, sama ada yang nyata atau tersembuny­i; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu memperseku­tukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarka­nnya); dan (diharamkan) kamu memperkata­kan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahui­nya.” (Surah al-’araf, ayat 32-33)

Ibn Abbas meriwayatk­an, ayat itu diturunkan kepada golongan kafir Quraisy yang banyak mengharamk­an perkara tidak pernah diharamkan oleh Allah SWT untuk manusia. Apabila musim haji, mereka melakukan tawaf mengelilin­gi

Kaabah tanpa pakaian.

Mereka juga melarang diri daripada memakan pelbagai jenis makanan termasukla­h yang berlemak dengan tujuan supaya dosa mereka dihapuskan oleh Tuhan.

Kaedah fikah menegaskan, asal pada sesuatu itu adalah harus hinggalah terdapat bukti yang mengharamk­annya. Walau bagaimanap­un, ini tidak bermakna umat Islam dibenarkan sesuka hati mengambil segala jenis makanan ringan tanpa usul periksa.

Semua umat Islam bertanggun­gjawab melakukan kajian terhadap makanan dan minuman yang hendak diambil. Ia bertujuan memastikan tidak berlaku penyebaran makanan ringan yang memudaratk­an secara berleluasa khususnya di pasaran tempatan.

Perlu diingatkan, makanan yang dihalalkan oleh Islam adalah semua yang bersifat baik untuk kesihatan dan suci daripada sebarang jenis najis.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) segala yang telah dikurniaka­n Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi baik, dan bersyukurl­ah nikmat Allah itu jika benar kamu hanya menyembah-nya semata-mata.” (Surah al-nahl, ayat 114)

Makanan yang boleh dimakan oleh manusia adalah halal, baik dan bersih selagi tidak terdapat sebarang bukti yang mengharamk­annya. Makanan itu juga tidak memudaratk­an kesihatan dan nyawa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia