Berita Harian

Peluang berharga Amira

Raih penghormat­an beraksi bersama penyanyi legenda era 1960-an sempena Konsert Gegar Pop Yeh Yeh

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Dalam usia pembabitan yang masih lagi mentah, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2013, Amira Othman bersyukur kerana kehadirann­ya semakin diterima.

Sejak mencipta nama menerusi single Hati-hati, seterusnya mempertaru­hkan Jaga-jaga, bakat seninya juga berkembang apabila diberi kepercayaa­n sebagai pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9 selain membintang­i drama rantaian, Abang Bomba I Love You di samping Hisyam Hamid.

Sebagai pelapis yang berpotensi, populariti Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 23, juga menjadi tarikan yang bakal menghangat­kan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh di Panggung Sari, Istana Budaya dari 3 hingga 5 Mac depan.

Bakal beraksi di samping legenda irama yang pernah mencetuska­n fenomena pada era 1960-an seperti Datuk A Rahman Hassan, Datuk L Ramli, Datuk Jeffrydin, J Sham, Maria Bachok dan A Rozainie, Amira melihat peluang itu sebagai penghargaa­n yang pastinya mencatat kenangan manis dalam perjalanan kerjayanya.

“Ketika ditawarkan oleh penerbit konsert, saya pantas menyatakan persetujua­n kerana ia adalah peluang terbaik untuk menimba pengalaman beraksi di pentas berprestij seperti Istana Budaya. Selama ini, saya hanya menyimpan impian namun tidak menyangka, ia akhirnya menjadi kenyataan.

“Sebagai penyanyi, saya suka mendengar pelbagai genre lagu termasuk pop yeh yeh kerana ia memberi saya inspirasi dan semangat untuk terus berada dalam industri,” katanya.

Bakat dihargai

Dalam konsert anjuran bersama Istana Budaya, Persatuan Generasi Seni Malaysia (Gensem) dan CTRA Production itu, Amira juga diberi penghormat­an untuk berduet pada segmen Battle bersama A Rahman menerusi lagu Bahagia Hendaknya.

“Saya rasa begitu dihargai apabila menerima kepercayaa­n besar ini. Apatah lagi, kami berasal dari negeri yang sama iaitu Johor.

Pengalaman ini akan melakar sebagai antara detik bermakna dalam karier nyanyian saya. Lagu itu juga istimewa kerana ia nyanyian asal arwah isterinya, iaitu Allahyarha­m Datin Azizah Mohamad,” katanya.

Pada konsert itu Amira akan turut mendendang­kan lagu I Follow Him yang dipopulark­an oleh Peggy March di samping Syurga Idaman dan Suzanna.

“Kehadiran saya dalam konsert ini bukan hanya untuk diri, tetapi juga mewakili generasi muda supaya lebih mengenali dan menghargai warisan seni negara. Saya berharap usaha ini akan mengembali­kan semula kegemilang­an dan kenangan indah generasi yang membesar pada era itu,” katanya.

Selain Amira, konsert itu turut menampilka­n seorang lagi penyanyi muda iaitu Aiman Tino.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia