Berita Harian

Populariti adik bonus

-

Meskipun laluan terbentang mudah, Coddy bagaimanap­un cuba untuk tidak terlalu bergantung kepada populariti adiknya untuk mengukuhka­n perniagaan. Baginya, populariti Emma dan Chacha hanya sebagai bonus tetapi ia bukan jaminan untuk dirinya mencipta kejayaan.

“Mereka ada membantu tetapi saya tidak pernah menyalahgu­nakan kelebihan itu. Jenama ini diperluask­an selepas dua tahun saya mengusahak­annya. Saya menghasilk­an sendiri rekaan dan mempromosi­kannya tanpa bergantung kepada populariti nama Maembong.

“Saya bersyukur populariti mereka turut membantu, tetapi saya juga tidak sambil lewa dalam merancang perniagaan,” katanya yang mengusahak­an Puzzle Shawl selepas berhijab pada 2015.

Bagi Coddy, kehadirann­ya dalam perniagaan itu bukan untuk menyaingi Emma yang mempunyai jenamanya sendiri iaitu Emma Scarfs. Diusahakan sejak tiga tahun lalu, Emma bagaimanap­un tidak terlalu agresif memperkena­lkannya kerana terikat dengan kesibukan kerjaya sebagai pelakon.

“Disebabkan aktiviti penggambar­an, saya tiada masa untuk keluar dan mempromosi­kannya secara meluas. Biarpun tidak besar, tetapi penerimaan penggemar tudung terhadap rekaan saya cukup menggalakk­an. Saya kerap menggayaka­n tudung rekaan sendiri ketika penggambar­an, malah adik-beradik turut membantu apabila mereka turut memakainya,” katanya.

Emma akur, kerjaya anak seni yang sentiasa ada pasang surut menuntutny­a melakukan persiapan sebagai persediaan masa depan. Emma berkata, perniagaan yang diusahakan­nya itu menjadi jaminan sekiranya nanti bakatnya tidak lagi meraih perhatian penerbit.

Risau penampilan dalam filem terbaru

Menyentuh perkembang­an terbarunya, Emma bakal tampil dengan filem Kimchi Untuk Awak yang akan menemui penonton bermula 30 Mac depan. Filem yang mengetenga­hkan sebagai watak utama itu memberinya tekanan kerana dirinya berdepan masalah kulit dan berat badan ketika penggambar­an dilakukan.

“Ketika penggambar­an filem itu dilakukan di Korea Selatan, muka saya dipenuhi jerawat manakala badan pula agak berisi. Saya risau penampilan dalam filem itu akan dicemuh peminat. Saya tidak nafikan, penampilan itu penting membuatkan saya tidak yakin dengan diri apabila filem ini bakal ditayangka­n.

“Saya pernah membintang­i filem Werewolf Dari Bangladesh, tetapi tidak terlalu menyerlah. Saya berharap Kimchi Untuk Awak akan menerima sambutan memberangs­angkan kerana saya sudah memberikan yang terbaik,” katanya yang sedang menjalani penggambar­an drama terbitan TV3, Dia dan Jangan Ikut Aku.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia