Berita Harian

Lawatan buka lembaran baharu

-

S:

Bagaimana anda mahu menggambar­kan hubungan dua hala yang istimewa antara Arab Saudi dan Malaysia?

J: Hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi berterusan dalam semua aspek khususnya diplomatik, malah pemimpin Malaysia sendiri sentiasa berkunjung ke sana. Kedudukan Arab Saudi sebagai negara kepada dua tanah suci umat Islam menjadikan kami sentiasa mendapat tempat yang sangat istimewa untuk Malaysia. Lawatan Raja Salman diharap mampu membawa fasa baharu dalam persahabat­an ini agar lebih kukuh dan akrab dalam semua peringkat.

S:

Dari aspek ekonomi atau kerjasama perdaganga­n antara kedua-dua negara, adakah anda melihat sebarang kenaikan signifikan berbanding jumlah perdaganga­n AS$2 bilion (RM9 bilion) pada tahun 2014? Apakah lawatan kali ini turut membabitka­n kerjasama perdaganga­n yang baru?

J: Tidak dinafikan objektif utama lawatan Raja Salman ke Malaysia adalah untuk berbincang secara terperinci dan memperhalu­si setiap aspek perihal kerjasama perdaganga­n antara kedua-dua negara. Kerjasama perdaganga­n kedua-dua negara berjalan agak perlahan beberapa tahun kebelakang­an berikutan situasi politik di beberapa negara Asia Barat.

Kelembapan ekonomi dunia kerana penurunan drastik harga minyak mentah turut mempengaru­hi kerjasama ini walaupun dalam masa sama, Kerajaan Arab Saudi masih memperoleh pendapatan stabil hasil kontrak dan kuota jemaah haji.

Saya optimis lawatan kali ini akan menemui keberhasil­an dalam aspek baru perdaganga­n untuk semua peringkat yang akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara.

S:

Kepakaran tenaga mahir Malaysia semakin diiktiraf di negara anda, khususnya aspek pengangkut­an. Boleh anda mengulas senario ini?

J: Malaysia dibarisi syarikat pembangun sistem pengangkut­an yang sangat berkredibi­liti dan cekap. Projek terbaru kerajaan anda iaitu pembanguna­n pengangkut­an awam Transit Aliran Massa (MRT) menjadi panduan dan contoh kepada banyak negara.

Di Arab Saudi, tenaga kerja mahir Malaysia antara golongan pekerja asing utama dan mendapat pendapatan lumayan, sesuai kemahiran di. Kerajaan kami juga sentiasa mengalu-alukan sebarang jalinan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara menerusi pelbagai sektor berpotensi.

S:

Buat pertama kali, Malaysia adalah antara 20 negara menyertai latihan ketenteraa­n ‘North Thunder’ tahun lalu. Adakah ia satu penterjema­han terhadap usaha memperkasa­kan kerjasama ketenteraa­n antara kedua negara?

J: Sistem keselamata­n dan pertahanan adalah tunjang sesebuah negara dan penting aspek ini diperkasak­an. Suka atau tidak kita perlu menerima kenyataan ancaman boleh datang dalam pelbagai bentuk.

‘North Thunder’ membuka lembaran baru dunia ketenteraa­n

 ??  ??
 ??  ?? Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderamat­a daripada Fahad pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderamat­a daripada Fahad pada majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia