Berita Harian

TH beri perkhidmat­an terbaik

Raja Salman sentiasa tingkat keselamata­n, kemudahan infrastruk­tur terbaik di dua kota suci

- Oleh Haryani Ngah

infrastruk­tur terbaik di dua kota suci, Makkah dan Madinah demi menjaga kebajikan, memberi keselesaan dan manfaat kepada seluruh jemaah haji dan umrah.

“Raja Salman dan Menteri Haji Arab Saudi sering mengiktira­f pengurusan haji Malaysia yang dianggap terbaik di dunia dan menjadi contoh kepada negara Islam lain,” katanya.

Johan berkata, kerjasama dan hubungan erat yang dijalin antara Malaysia, Arab Saudi dan TH banyak membantu memudahkan pelaksanaa­n urusan haji.

Bincang prestasi pengurusan haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bersama pengurusan TH sudah mengadakan mesyuarat tahunan dengan Menteri Haji Arab Saudi untuk membincang­kan prestasi pengurusan haji Malaysia serta penambahba­ikannya.

Beberapa siri perbincang­an berkala dengan Kementeria­n Haji Arab Saudi, pihak Muassasah Adila’ di Madinah dan Muassasah Tawafa Asia Tenggara di Makkah diadakan bagi memastikan kelancaran operasi haji setiap tahun.

Pengurusan dan perkhidmat­an haji TH mendapat Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO, yang sentiasa melalui proses peningkata­n bagi memperoleh standard pensijilan yang lebih tinggi.

Johan berkata, jemaah haji Malaysia yang dilihat cukup berdisipli­n dan mempunyai ilmu pengetahua­n yang luas dalam menunaikan ibadat haji dan umrah sering dipuji Kerajaan Arab Saudi.

Ini adalah hasil proses bimbingan dan kursus dianjurkan TH di tanah air mahupun ketika di tanah suci.

Katanya, di tanah air, bakal jemaah mengikuti Kursus Asas Haji selama 17 minggu, Kursus Intensif, Kursus Khas Haji dan Kursus Perdana Haji. Mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahua­n dan didedahkan dengan latihan praktikal sebagai persediaan ke tanah suci.

Menurut laporan akhbar tempatan di Saudi, projek mega pembesaran Masjidil Haram yang bermula November 2011 bertujuan memastikan jutaan jemaah haji setiap tahun dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih selesa, selamat dan mudah.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan membelanja­kan ratusan bilion riyal untuk projek mega ini yang akan meningkatk­an kapasiti Masjidil Haram kepada tiga kali ganda.

Ia membabitka­n pembanguna­n di sekitar kawasan masjid seperti pelebaran jalan, tempat letak bas yang lebih besar, terowong pejalan kaki dan kemudahan lain bagi memudahkan pergerakan jemaah menunaikan solat di masjid.

Projek mega

Projek mega ini boleh dinilai sebagai satu program transforma­si Kerajaan Arab Saudi terhadap kota suci Makkah yang akan menyaksika­n pembinaan hotel penginapan baharu yang lebih baik, selesa dan moden serta sistem jalan raya lebih tersusun.

Kerja yang hampir siap sepenuhnya ini membolehka­n Kerajaan Arab Saudi mengembali­kan kuota asal haji kepada semua negara, termasuk kuota Malaysia sebanyak 27,900.

Menurut Johan: “TH menghargai usaha murni Raja Salman yang sentiasa peka dan melihat pelbagai aspek baru untuk ditambah baik dalam menyantuni Dhuyufurra­hman setiap tahun.

“Kita harus memberi pengiktira­fan tertinggi kepada usaha ini.”

TH juga sedang mencari peluang dan memohon kelulusan untuk membangunk­an kompleks penginapan berpusat di Makkah bagi meningkatk­an perkhidmat­an kepada jemaah haji Malaysia di masa akan datang.

“TH amat berterima kasih atas kerjasama dihulurkan Kerajaan Arab Saudi, Kementeria­n Haji Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara dan Muassasah Adila yang banyak membantu terutama pada waktu kemuncak haji”, katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Jamil Khir memberi penerangan kepada jemaah haji di kota suci Makkah.
Jamil Khir memberi penerangan kepada jemaah haji di kota suci Makkah.
 ??  ?? Pejabat Tabung Haji di Makkah.
Pejabat Tabung Haji di Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia