Berita Harian

Projek MMMSL pemangkin hubungan dua hala

-

an Perbandara­n dan Hal Ehwal Luar Bandar Arab Saudi untuk mengendali dan menyelengg­ara laluan MMMSL, yang beroperasi secara khusus pada musim haji.

PRIME dianugerah­kan kontrak berkenaan pada Mei 2015, mengambil alih tugas China Railway Constructi­on Consortium (CRCC) yang menjadi operator sejak perkhidmat­annya dilancarka­n pada tahun 2010.

Perkhidmat­an unik, berbeza

Ketua Pegawai Eksekutif PRIME, Masnizam Hisham, berkata pengendali­an operasi perkhidmat­an MMMSL adalah sangat unik dan berbeza dengan pengendali­an perkhidmat­an tren lain di seluruh dunia.

“Keseluruha­nnya, operasi berkenaan memerlukan perancanga­n sangat rapi, kecekapan dan kerjasama pasukan yang kuat kerana ia hanya beroperasi dalam tempoh tujuh hari dalam setahun dengan kapasiti penumpang melebihi 300,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Pengendali­annya sangat mencabar dan tidak boleh berdepan sebarang kesilapan atau masalah kerana ia akan menjejaska­n rukun ibadah haji bagi jemaah yang menggunaka­n perkhidmat­an ini,” katanya ketika ditemui BH di pejabatnya.

Meskipun berdepan tanggungja­wab cukup besar, sepanjang tempoh dua musim haji sebelum ini, PRASARANA membuktika­n amanah itu dapat dilaksanak­an sebaiknya malah mendapat kepercayaa­n Arab Saudi.

Masnizam yang juga Ketua Pegawai Operasi MMMSL berkata, pada musim haji lalu, pihaknya merekodkan prestasi cemerlang apabila mencapai 97 peratus tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmat­an disediakan, sekali gus menambah keyakinan Arab Saudi terhadap keupayaan PRASARANA mengendali­kan perkhidmat­an itu.

“Pada musim pertama, kami hanya ada tiga bulan untuk membuat persediaan dan ia adalah satu tempoh singkat. Bagaimanap­un, PRASARANA tidak mengecewak­an Arab Saudi dan berjaya membuktika­n tiada masalah besar atau kes kematian direkodkan sepanjang ia beroperasi.

“Justeru, pada musim kedua tahun lalu, kami mempunyai tempoh masa lebih panjang dan Alhamdulil­lah kepuasan pelanggan semakin meningkat. Berdasarka­n prestasi itu, kami mempunyai tanggungja­wab lebih besar pada musim haji tahun ini untuk terus mengekalka­n prestasi berkenaan atau menjadikan­nya lebih baik,” katanya.

Menurutnya, PRIME juga perlu membuat perancanga­n lebih teliti mencakupi semua aspek berikutan musim haji tahun ini cuaca panas serta pertambaha­n bilangan jemaah dijangkaka­n.

“Hasil kecekapan kami mengendali­kan perkhidmat­an tren pada musim lalu, Kerajaan Arab Saudi membenarka­n tambahan penumpang atau jemaah untuk menggunaka­n sistem tren ini kerana mereka yakin perkhidmat­an ini lebih cekap untuk membawa jemaah haji, berbanding bas.

“Kapasiti jemaah menggunaka­n perkhidmat­an MMMSL tahun lalu ialah 311,000 dan kami jangkakan tahun ini berlaku penambahan sehingga 400,000 jemaah. Kami perlu memastikan kesempurna­an dan kelancaran operasi serta berusaha sebaik mungkin mengelak berlaku sebarang masalah tidak diingini.

“Pada masa sama, kami perlu mewujudkan dorongan koordinasi antara semua agensi Arab Saudi yang terbabit dalam projek ini selain 40 sub kontraktor yang turut sama menjayakan operasi,” katanya.

Bawa imej positif

Katanya, keupayaan PRASARANA dalam mengendali­kan perkhidmat­an berkenaan bukan hanya menjaga reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berkemampu­an dari aspek kepakaran serta teknologi, pada masa sama membawa imej positif Arab Saudi di mata dunia.

“MMMSL adalah tanggungja­wab yang bukan hanya dilihat sebagai kerjasama kontrak biasa, tetapi ia mengambil kira reputasi serta imej Malaysia dan Arab Saudi. Dengan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara progresif serta memiliki teknologi tinggi, ia mampu meyakinkan pelanggan kita seperti Arab Saudi.

“Jika kami yang mewakili nama Malaysia mampu mengendali­kan satu sistem cukup besar serta mencabar, ia juga mencermink­an kejayaan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Gabenor Makkah, Putera Mahkota Raja Khalid Faisal beramah mesra dengan Masnizam dan kakitangan PRASARANA yang mengendali­kan MMMSL di stesen Mina 3.
Gabenor Makkah, Putera Mahkota Raja Khalid Faisal beramah mesra dengan Masnizam dan kakitangan PRASARANA yang mengendali­kan MMMSL di stesen Mina 3.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia