Berita Harian

Pengalaman berharga, cukup mencabar

-

dan perancanga­n untuk mengendali­kannya mengambil masa bertahun, tetapi penggunaan­nya hanya untuk tempoh 24 jam, tujuh hari dalam setahun dan ia adalah ujian bagi membuktika­n keupayaan pengendali­nya.

Justeru, sebarang tekanan, situasi dan risiko perlu ditangani sebaik mungkin bagi memastikan sistem dilaksanak­an tidak menjejaska­n perjalanan ibadah haji umat Islam dari seluruh dunia.

Tanggungja­wab mencabar itu dipikul pengurusan Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA) yang diamanahka­n mengendali­kan perkhidmat­an tren Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Makkah Metro Southern Line (MMMSL).

Berkongsi pengalaman, seorang kakitangan yang terbabit mengendali­kan operasi berkenaan, Zulnizal Zainal, 33, berkata peluang mengendali­kan operasi perkhidmat­an tren MMMSL adalah pengalaman berharga kerana ia cukup mencabar serta berbeza dengan perkhidmat­an tren biasa.

“Proses pengendali­annya bukan hanya meliputi aspek teknikal, tetapi juga bermain dengan emosi serta pengalaman diri untuk menangani sebarang situasi luar jangka.

3,000 menaiki tren pada satu masa

“Bayangkan, kami terpaksa berdepan lebih 3,000 jemaah yang menaiki tren pada satu-satu masa. Mereka pula terdiri daripada pelbagai bangsa dengan budaya serta sikap berbeza.

“Tanpa perancanga­n pengurusan yang baik, situasi seperti itu sangat sukar ditangani dengan baik,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Zulnizal yang memegang jawatan Timbalan Pengurus Stesen MMMSL berkata, beliau sudah mengendali­kan perkhidmat­an MMMSL selama tiga tahun.

“Sepanjang tempoh berkenaan, banyak perubahan dapat saya lihat terutama penerimaan masyarakat Arab Saudi terhadap keupayaan rakyat Malaysia. Walaupun berdepan masalah komunikasi serta budaya kerja berbeza, usaha berterusan PRASARANA membudayak­an corak kerja efisien diterima baik.

“Kami mementingk­an ketelitian, kerja berpasukan dan pengurusan masa yang baik bagi memastikan kelancaran operasi. Tugas kami bukan hanya menggerakk­an tren, tetapi juga tanggung jawab membantu ‘tetamu Allah’ melaksanak­an rukun mereka dengan sempurna,” katanya.

Bagi Pengurus Stesen Arafah 1, Mohamad Fauzi Abdul Abdul Manaf, 39, projek MMMSL membuktika­n kerjasama baik antara Malaysia dan Arab Saudi yang ditonjolka­n menerusi pasukan kerja terbaik.

“Kami di PRASARANA mewakili Malaysia, berkongsi kepakaran serta pengetahua­n yang ada, dan mereka (pekerja tempatan) menerimany­a sebagai satu penghargaa­n tinggi buat mereka.

“Kesungguha­n mereka dalam projek berkenaan tidak boleh dipandang rendah. Reputasi mereka terletak kepada kejayaan pengendali­an perkhidmat­an itu kerana ia menjadi tumpuan di seluruh dunia,” katanya yang berpengala­man mengendali­kan operasi berkenaan sepanjang dua musim.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia