Berita Harian

PRASARANA dijangka raih sambungan kontrak pengendali­an

-

Malaysia Berhad (PRASARANA) dijangka memperoleh laluan mudah menyambung kontrak perkhidmat­an mengendali­kan tren Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Makkah Metro Southern Line (MMMSL) untuk musim haji akan datang selepas tamat tahun ini.

Ia susulan prestasi cemerlang mengendali­kan sistem rel yang diiktiraf sebagai tren metro berkapasit­i paling tinggi di dunia itu sejak dianugerah­kan dengan kontrak berkenaan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Arab Saudi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata Kerajaan Arab Saudi memuji prestasi PRASARANA dan lebih membanggak­an apabila pengendali­an MMMSL tahun lalu dianggap paling berjaya dalam sejarah.

“Kejayaan itu dicapai hasil kemampuan warga kerja PRASARANA dan pasukan terbabit selain syarikat Malaysia lain yang bekerjasam­a dalam perkhidmat­an berkenaan.

“Berdasarka­n kontrak dipersetuj­ui selama tiga tahun, tahun ini adalah musim terakhir PRASARANA mengendali­kan MMMSL, insya-allah ada sambungan (akan diteruskan),” katanya ketika ditemui BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, PRASARANA kini diiktiraf antara pengendali perkhidmat­an pengangkut­an awam berwibawa di peringkat antarabang­sa dan berdasarka­n cabaran dihadapi sepanjang pengendali­an MMMSL, ia membantu menambah pengalaman syarikat milik kerajaan itu untuk mengembang­kan operasi di luar negara.

“Sepanjang tempoh dua tahun lalu, PRASARANA berjaya mengukir nama di Arab Saudi dan ia membuka lebih banyak peluang kepada kami untuk mengukuhka­n kedudukan di negara berkenaan.

“Pada masa ini, beberapa syarikat Arab Saudi berminat menjadikan PRASARANA rakan kerjasama bagi penyertaan tender berkaitan pengangkut­an awam di negara itu,” katanya.

Capai kualiti terbaik

Azmi berkata, peranan PRASARANA kini bukan hanya perlu memastikan perkhidmat­an disediakan mencapai kualiti terbaik tetapi pada masa sama bertanggun­gjawab sebagai ‘duta’ kepada Malaysia.

“PRASARANA perlu sentiasa peka dan tidak boleh berkomprom­i untuk memastikan kita sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Mengulas lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-saud ke Malaysia, Azmi berkata, ia adalah manifestas­i hubungan kukuh yang dijalin antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Kesudian Raja Salman berkunjung ke Malaysia memberi petanda baik terhadap hubungan dua hala dua negara dan membuka banyak ruang terutama membantu syarikat tempatan meninjau peluang pengembang­an operasi dan pelaburan di Arab Saudi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia