Berita Harian

Hubungan Mal

Berteraska­n aktiviti perdaganga­n dipelopori Arab Saudi dari Oman, Aden, Jeddah dan al-jahra

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi berakar umbi sejak empayar kepemimpin­an Sultan Melaka mula bertapak di gugusan kepulauan Melayu, kira-kira 617 tahun lalu.

Menelusuri sejarah, hubungan kedua-dua negara yang berteraska­n aktiviti perdaganga­n dipelopori saudagar Arab Saudi dari Oman, Aden, Jeddah dan al-jahra, malah Melaka ketika itu turut dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam di sekitar Nusantara.

Pensyarah Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Asmady Idris, yang menjalanka­n kajian mengenai pertalian MalaysiaAr­ab Saudi bagaimanap­un berkata, hubungan politik kedua-dua negara di waktu Malaysia berada dalam kepemimpin­annya sendiri, dirintis bapa kemerdekaa­n, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Katanya, keakraban dijalin antara Perdana Menteri Pertama dan Raja Arab Saudi ketika itu, Raja Faisal Abdulaziz AlSaud, ibarat aur dengan tebing yang saling melengkapi dalam mencapai kerjasama serta gagasan diteroka kedua-dua pemimpin.

“Almarhum Tunku Abdul Rahman pada mulanya berdepan pelbagai detik canggung untuk menghadap Raja Faisal kerana pertemuan ketika itu membabitka­n masa depan Malaysia dan peluang untuk negara mengorak kemajuan pembanguna­n.

Kunjungan muhibah

“Mungkin ramai tidak tahu, kebanyakan sarjana Barat menyifatka­n Kerajaan Arab Saudi sebagai negara ‘berahsia’ kerana mereka tidak akan sewenang-wenangnya melaksanak­an sebarang perkongsia­n jika tidak mengenali latar belakang sesuatu pihak.

“Cabaran ini yang terpaksa diharungi Almarhum Tunku Abdul Rahman, namun sebaik ruyung dipecahkan, sagu yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi melimpah sehingga dirasai generasi kepemimpin­an Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada

Rentetan kunjungan muhibah itu, Asmady berkata, pelbagai bantuan kewangan menerusi Dana Pembanguna­n Saudi disalurkan, khusus untuk membina institut agama dan menyuburka­n aktiviti penyebaran dakwah Islam di negara ini.

Selain itu, katanya, Kerajaan Arab Saudi juga tampil menghulurk­an dana menerusi Rancangan Malaysia Ketiga yang terdiri daripada siri pembanguna­n untuk tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 1976 hingga 1980.

“Dana pertama berjumlah AS$200 juta (RM893.5 juta - kadar tukaran ketika itu) Arab Saudi yang diberikan kepada Malaysia adalah pada zaman kepemimpin­an Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Lembaran baharu

“Sumbangan bukan dalam bentuk kewangan yang disalurkan Kerajaan Arab Saudi pula merangkumi pemberian ratusan naskhah al-quran dan penyampaia­n khutbah

 ??  ?? Raja Faisal Abdul Aziz disambut Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ketika itu Timbalan Yang di-pertuan Agong, sewaktu lawatan baginda ke Malaysia pada Jun 1970. BH.
Raja Faisal Abdul Aziz disambut Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ketika itu Timbalan Yang di-pertuan Agong, sewaktu lawatan baginda ke Malaysia pada Jun 1970. BH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia