Berita Harian

Saling bertukar kepakaran

Bidang pendidikan dekatkan Malaysia dan Arab Saudi

- Oleh Latifah Arifin

Dalam memperkata­kan mengenai hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi, pendidikan adalah antara bidang yang mempunyai pertalian istimewa kepada kedua-dua negara yang antara lainnya membabitka­n pertukaran pelajar serta tenaga akademik dalam pelbagai disiplin ilmu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Antarabang­sa Al-madinah (MEDIU) di Malaysia, Profesor Dr Mohammed Khalifa Al-tamimi, berkata hampir tiada jurang perbezaan dari aspek pendidikan antara Arab Saudi dan Malaysia dengan kedua-duanya memiliki kualiti serta mencapai piawaian antarabang­sa.

“Malaysia mengguna pakai dan membawa masuk kepakaran dan tenaga pakar dari seluruh dunia merangkumi pelbagai bidang.

“Selain itu, ia turut mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang sesuai dalam konteks budaya dan bangsa yang berbeza,” katanya yang bertugas di Malaysia sejak tahun 2007.

Mengupas pengalaman­nya mentadbir institusi pendidikan tinggi di sini, katanya ia amat unik berbanding negara lain terutama suasana pengajian yang mementingk­an kualiti serta disiplin yang tinggi bukan saja terhadap ilmu akademik, bahkan berteraska­n agama.

Kongsi kepakaran dengan tenaga multi nasional

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Madya Dr Ramzah Dambul, menyifatka­n pengalaman bermastaut­in dan bertugas di King Abdul Aziz University, Jeddah, selama empat tahun adalah sesuatu yang amat berharga terutama peluang membina jaringan dengan penyelidik daripada pelbagai bidang kepakaran.

Katanya, bertugas sebagai felo penyelidik dan pelawat sehingga tahun 2014, mendedahka­nnya kepada pelbagai ilmu baharu dengan kebanyakan tenaga pakar di sana bersifat multi nasional.

“Saya menjadi saintis klimatolog­i di Jabatan Meteorolog­i, Fakulti Sains Persekitar­an dan Pertanian Tanah Kontang.

“Di jabatan itu, sebahagian besar masa diperuntuk­kan bagi penyelidik­an klasifikas­i iklim serantau dan impak perubahan, bersama tenaga akademik dan penyelidik dari pelbagai latar belakang dan kepakaran termasuk Mesir, Bangladesh, India, Pakistan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.

“Menariknya, kerana setiap penyelidik mempunyai kepakaran masing-masing, jadi kaedah kolaborasi sentiasa ditekankan dengan setiap orang mesti menyumbang bagi aspek tertentu dikuasainy­a untuk sesebuah projek,” katanya.

Tambahnya, antara perbezaan ketara di sana adalah pengasinga­n antara kampus lelaki dan wanita secara keseluruha­n dalam sistem pengajaran dan pembelajar­an.

Ramzah berkata, kunjungan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-saud ke Malaysia dilihat sebagai jalinan diplomatik strategik khususnya dari aspek pemindahan dan perkongsia­n ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

“Arab Saudi mempunyai kapasiti sumber yang kukuh, manakala Malaysia mempunyai takungan kepakaran yang tinggi.

“Kedua-dua negara menerusi kelebihan masing-masing pasti boleh menjalin pelbagai bentuk kerjasama berasaskan jalinan ilmu dan kolaborasi sains teknologi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pelajar Arab Saudi kuat daya ingatan

Bagi pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Profesor Muhd Kamil Ibrahim, yang pernah mengajar di Universiti Taibah, Madinah, persepsi segelintir masyarakat mengaitkan orang Arab Saudi sukar menerima orang luar adalah tidak benar.

Katanya, layanan mereka terhadap orang Malaysia amat baik dan pelajar di sana juga menunjukka­n rasa hormat yang tinggi kepadanya.

Beliau yang mengajar dalam bidang perakaunan berkata, pengalaman mengajar di Arab Saudi amat mengagumka­n kerana pelajar di sana mempunyai daya ingatan yang kuat dan cepat menyerap ilmu disampaika­n.

“Pada mulanya saya agak terkejut, kerana apabila masuk ke bilik kuliah mereka kelihatan tenang serta tidak mencatat, bahkan tidak ada pen di atas meja masingmasi­ng.

“Kebanyakan mereka dikurniaka­n Allah daya ingatan kuat sehingga mampu menghafal dengan baik setiap ilmu disampaika­n.

“Selain itu, personalit­i mereka yang berani dalam menyatakan pendapat dan mampu berbahas dengan baik juga boleh dijadikan contoh,” katanya.

Tambahnya, tiga tahun berada di Arab Saudi dari tahun 2011 hingga 2014 turut memberikan­nya hadiah yang cukup berharga kerana dapat menghasilk­an buku perkongsia­n pengalaman berjudul

Perluas hubungan Malaysia-arab Saudi

Katanya, kunjungan Raja Salman Abdulaziz Al-saud yang ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada 23 Januari 2015 perlu diperluas terutama dalam aspek ekonomi.

Antaranya memantapka­n kolaborasi dalam pelbagai bidang berpotensi tinggi seperti industri halal dan pendidikan.

“Industri halal setakat ini masih berada pada tahap minimum, selain itu ruang pendidikan juga mempunyai masa depan yang cerah untuk diterokai bersama.

“Pada masa sama, kita boleh berusaha menarik minat rakyat Arab Saudi melanjutka­n pengajian di Malaysia dengan menggunaka­n modal kepakaran yang ada bagi manfaat bersama,” katanya.

 ??  ?? BH Ramzah (dua dari kiri) ketika berkhidmat di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah.
BH Ramzah (dua dari kiri) ketika berkhidmat di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah.
 ??  ?? Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
 ??  ?? Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Antarabang­sa Al-madinah (MEDIU) di Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Antarabang­sa Al-madinah (MEDIU) di Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia