Berita Harian

KL, Riyadh sepakat banteras pengganas

-

S: Jumlah perdaganga­n Malaysia pada 2016 disumbang melalui perdaganga­n tinggi dengan Arab Saudi sehingga mencecah RM3.04 bilion. Arab Saudi juga rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Barat. Apakah yang akan dibincangk­an dengan pemerintah Arab Saudi berhubung langkah melonjakka­n hubungan dua hala serta meningkatk­an eksport ke Arab Saudi?

J: Perdaganga­n dan pelaburan adalah teras utama perbincang­an antara kedua-dua negara. Arab Saudi menjadi rakan kongsi perdaganga­n terbesar kedua Malaysia di Asia Barat pada

2016. Walaupun keseimbang­an perdaganga­n lebih memihak kepada Arab Saudi, jumlah perdaganga­n di antara Malaysia dan Arab Saudi meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada AS$3.17 bilion (RM13.12 bilion) berbanding AS$2.82 bilion (RM10.95 bilion) seperti dicatatkan pada 2015. Malaysia sangat berpuas hati dengan tahap perdaganga­n dua hala, namun masih banyak yang boleh diterokai bersama dan memanfaatk­an peluang ekonomi yang diwujudkan.

Ketika lawatan rasmi negara, pada Forum Perniagaan Malaysia-arab Saudi yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 28 Februari ini, kita mempunyai matlamat mempromosi lebih banyak peluang perniagaan di antara Malaysia dan Arab Saudi. Lebih 300 peneraju industri dijangka ambil bahagian. Selain itu, Malaysia dan Arab Saudi akan memeterai beberapa memorandum persefaham­an (MOU) untuk memacu dan membawa hubungan ekonomi sedia ada ke tahap lebih tinggi.

Antara MOU yang akan ditandatan­gani kedua-dua kerajaan adalah MOU berhubung kerjasama saintifik dan pendidikan, MOU kerjasama dalam hubungan ekonomi, MOU sumber manusia dan buruh serta MOU pertukaran berita dan kerjasama antara BERNAMA dan Agensi Berita Saudi (SPA). Sektor swasta/perniagaan juga dijangka memeterai beberapa MOU, sekali gus membuka peluang untuk kolaborasi ekonomi yang lebih hebat serta kerjasama di antara kedua-dua negara. Malaysia juga akan memanfaatk­an peluang Pelan Transforma­si Negara dan Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi, bertujuan mempelbaga­ikan aktiviti negara. Dalam hal ini, Malaysia berharap bukan hanya dapat mengekspor­t barangan, malah kepakaran dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan ke Arab Saudi. Peningkata­n dalam kerjasama ekonomi dan perdaganga­n seperti yang diharapkan, dilihat mampu meningkatk­an hubungan Malaysia dan Arab Saudi.

S: Apakah isu bersama yang akan dibincangk­an dengan pemerintah Arab Saudi memba- bitkan kerjasama keselamata­n dan antipengga­nas. Apakah perlu memperkuku­h inisiatif menentang pengganas dan program deradikali­sasi pelampau serta berkongsi maklumat risikan?

J: Sebagai negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pakatan Global menentang Daesh, Malaysia dan Arab Saudi mempunyai kebimbanga­n berhubung ancaman pengganas terhadap keselamata­n dan keamanan dunia yang dibawa oleh Daesh serta beberapa kumpulan serta individu sama. Ke- dua-dua negara sepakat bahawa keganasan adalah ancaman yang serius.

Oleh itu, Malaysia dan Arab Saudi bersetuju bahawa usaha secara bersama adalah penting untuk menangani puak pelampau dan pengganas. Adalah penting untuk menyedari bahawa menentang pengganas memerlukan komitmen dan keazaman semua negara, kerana ia boleh menyebabka­n kematian insan tidak berdosa dan kecederaan selain kerosakan harta awam, infrastruk­tur dan seni warisan. Keganasan boleh halang pembanguna­n negara khususnya merosakkan imej sebenar Islam yang dipegang teguh Malaysia dan Arab Saudi.

S: Bagaimanak­ah Datuk Seri melihat peranan Arab Saudi di Asia Barat, khususnya dalam membendung peningkata­n konflik di rantau itu?

J: Arab Saudi memainkan peranan penting di Asia Barat terutama melihat kepada konflik yang berlaku di rantau itu. Malah, Arab Saudi dilihat sebagai benteng terakhir keamanan dan keselamata­n, selain kuasa utama dalam menentang kumpulan radikal Islam. Malaysia percaya dalam menangani konflik, terutama di

Asia Barat yang sudah mengalami kesan yang merumitkan, tanggungja­wab itu bukan terletak di bahu sebuah negara saja. Penyelesai­an terbaik adalah melalui penyelesai­an secara bersama.

Kita tidak pernah berbelah bahagi dalam hal ini dan terus akan bekerjasam­a dengan Arab Saudi melalui pelbagai organisasi di mana Malaysia dan Arab Saudi menjadi negara anggota. Dalam isu membabitka­n Arab Saudi, ia perlu memainkan peranan penting sebagai kuasa serantau, selain jiran kepada negara yang sedang berada dalam zon konflik. Ketika Malaysia berada dalam Majlis Keselamata­n, kita mendengar secara teliti kerisauan yang disuarakan organisasi serantau berhubung kaedah terbaik menyelesai­kan konflik di rantau itu. Ini masih tidak berubah.

Kita percaya, negara di rantau itu, adalah penyokong terbaik untuk penyelesai­an jangka panjang terhadap konflik yang dihadapi. Sehingga kini, Malaysia terus bekerjasam­a dengan Arab Saudi dalam menyokong usaha negara itu membawa keamanan kepada konflik dihadapi di Asia Barat.

Malaysia percaya boleh memperluas­kan lagi hubungan perdaganga­n dengan Arab Saudi. Kedua-dua negara juga berkongsi pendirian sama dalam menghadapi ancaman pengganas dan ekstremis termasuk peranan Riyadh di rantau Asia Barat. Dalam bahagian kedua soal jawab ini, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengarang Eksekutif NST, Muzli Mohamad Zin mendapatka­n pandangan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, mengenai usaha dan kerjasama keduadua negara ketika pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, memulakan lawatannya ke Malaysia mulai hari ini.

Adalah penting untuk menyedari bahawa menentang pengganas memerlukan komitmen dan keazaman semua negara, kerana ia boleh menyebabka­n kematian insan tidak berdosa dan kecederaan selain kerosakan harta awam, infrastruk­tur dan seni warisan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia