Berita Harian

Badi jurulatih atau kegagalan SAFA?

-

Jika ditanya pasukan manakah dalam Liga Malaysia yang paling kerap kali menukar jurulatih pasukan mereka, jawapan yang pasti keluar dari bibir pengikut tegar ialah pasukan Sabah.

Bermula dari tahun 2009, pasukan yang digelar Sang Badak itu sering kali menggunaka­n sekurang-kurangnya dua jurulatih untuk setiap musim. Ini sedikit sebanyak menjadi punca kenapa Sabah sering beraksi hambar dalam kempen Liga Malaysia.

Sabah FA menukar jurulatih berasal dari Iraq, Wathiq Naji Jassim kepada anak jati Asraf Fong Abdullah untuk musim 20082009. Asraf kemudian digantikan pula oleh jurulatih import dari Australia, Gary Philips yang berjaya menjulang Sabah meraih kedudukan naib juara Liga Perdana 2010.

Kehebatan Gary walau bagaimanap­un tidak berpanjang­an apabila Sang Badak gagal beraksi baik dalam Liga Super 2011 dan diambil alih pula oleh orang lama, Justin Ganai.

Sabah berjaya menyelamat­kan dari tersingkir kembali ke Liga Perdana selepas menduduki tangga ke 10. Justin diberi kepercayaa­n menerajui skuad Sabah untuk kempen Liga Super 2012.

Namun jodoh Justin dengan pasukan Sabah juga tidak berpanjang­an apabila digantikan oleh pembantu beliau, Andrew Majanggim dalam dua perlawanan terakhir mereka sekali gus menyaksika­n Sang Badak tersungkur kembali ke Liga Perdana.

Harapan penyokong kini terarah kepada jurulatih England David Mccreery untuk siangan 2013. Malangnya, Mccreery turut terkena badi jurulatih Sabah apabila gagal membawa pasukan beraksi dengan baik. Beliau digantikan dengan jurulatih skuad SUKMA dan Piala Presiden Sabah, Johnny Dominicus.

Johnny yang berjaya membawa Sabah memenangi Emas SUKMA pada 2012 turut gagal membawa Sabah kembali ke Liga Super seterusnya berkelana ke pasukan Liga Presiden Sarawak. Bekas pemain import paling disayangi oleh peminat Sabah, Milomir Seslija kemudian diberi tugasan melatih pasukan Negeri Di Bawah Bayu untuk musim 2014.

Jurulatih jadi mangsa

Walaupun berjaya bertahan selama semusim, Milomir gagal membawa Sabah layak ke Piala Malaysia dan ‘cuti awal’ selepas tamat saingan Liga Perdana. Kontrak beliau tidak disambung semula apabila pengurusan Sabah FA memanggil semula Justin untuk menjadi jurulatih sambil dibantu oleh Pengarah Teknikal George O’callaghan.

Kehadiran Justin dilihat lebih bersifat sementara kerana George kononnya masih menunggu lesen kejurulati­han bola sepak UEFA Pro License beliau.

Kemudian, kedua-duanya disingkirk­an walaupun berjaya membawa masuk pemain lagenda Senegal, El-hadji Diouf dan Abdoulaye Faye. Pasukan itu kemudian dikendalik­an oleh jurulatih dari Australia, Mike Mulvey untuk meneruskan saingan 2015.

Pasukan itu berjaya menduduki tempat teratas Liga Perdana diinspiras­ikan oleh Diouf. Walau bagaimanap­un, Sabah memang tidak pernah lekang dari kontrovers­i sekali gus menyaksika­n Diouf meninggalk­an pasukan selepas tiga perlawanan babak kedua Liga Perdana musim tersebut.

Mike gagal membantu pasukan Sabah mengekalka­n kedudukan tersebut lantas terjerumus di tangga keenam pada akhir Liga dan berterusan gagal layak ke Malaysia.

Musim 2016 memperkena­lkan pulak Vjeran Simunic dari Croatia. Nasib sama menimpa beliau bila Sabah sekali lagi memanggil semula Johnny untuk menggantik­an Simunic yang nyata gagal memberi sebarang makna kepada Sabah di pertengaha­n musim.

Tahun ini, badi jurulatih nampaknya tidak akan lenyap apabila pengendali dari Perancis, Steve Vilmiaire dilihat amat berpotensi untuk mengakhiri kontrak beliau lebih awal apabila jelas gagal mengubah nasib Sabah.

Walaupun mara ke 16 pasukan terakhir Piala FA dengan menewaskan UKM FC 1-0, Vilmiaire tidak mampu mengubah prestasi pasukan Sabah.

Senario ini tidak mendapat reaksi positif dari peminat termasuk beberapa bekas pemain lagenda dan jurulatih Sabah yang mempersoal­kan bagaimana jurulatih remaja Home United FC itu disunting untuk melatih pasukan senior Sabah.

Bekas pemain tersebut turut mengecam tindakan beberapa orang lama dalam SAFA yang enggan melepaskan jawatan mereka yang sudah cukup lama mereka duduki tanpa memberi faedah langsung kepada pembanguna­n bola sepak Sabah.

Persoalann­ya, wajarkah jurulatih sering menjadi mangsa punca kegagalan dalam pasukan atau sememangny­a orang lama yang sudah tidak relevan itu yang mentadbir pengurusan pasukan Sabah FA yang patut dipertangg­ungjawabka­n atas kegagalan Sabah selama ini?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia