Berita Harian

Hamilton sibuk pilih pemenang reka topi keledar

Pemenang reka cipta bakal terima replika topi keledar F1

- Susunan Haika Khazi bhsukanitb­h.com.my

Juara dunia Formula Satu (F1) tiga kali, Lewis Hamilton, kini memilih cara tersendiri untuk menghargai berjuta peminat sukan permotoran paling berprestij dunia itu dengan mencabar peminatnya melukis corak kreatif di atas permukaan topi keledar yang bakal digunakann­ya pada perlumbaan, musim ini.

Pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS, berusia 32 tahun berasal dari Stevenage, United Kingdom (UK) itu, membuat pengumuman mengenai pertanding­an mereka bentuk topi keledar berkenaan menerusi akaun Istagramny­a.

Selepas dua bulan membuat pelawaan, Hamilton terkejut apabila menerima lebih 8,000 penyertaan dan sebahagian­nya memang membuatkan juara dunia itu pening untuk membuat pilihan terbaik.

Menurut Hamilton, pemenang bertuah bakal menerima hadiah replika sebuah topi keledar lumba lengkap dengan tandatanga­nnya dn akan diserahkan sendiri pada salah satu perlumbaan F1 musim ini.

“Saya sedang mencari rekaan corak terbaru untuk topi keledar yang akan saya gunakan nanti dengan mengambil kira tema dan mempunyai warna buah epal seperti reka bentuk sedia ada.

“Saya akan memilih reka cipta topi keledar yang nampak paling bergaya, mampu memberikan inspirasi, ikon dan menarik perhatian umum. Untuk menyertai pertanding­an ini amat mudah di mana anda hanya memuat naik reka bentuk topi keledar berkenaan ke akaun Instagram umum anda,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Istagramny­a.

Vettel ada 60 topi keledar

Sebelum ini, Hamilton mencuri tumpuan umum selepas bekas rakan sepasukann­ya dan juara dunia, Nico Rosberg membuat pengumuman mengejutka­n bersara dari arena perlumbaan F1, sebaik tamat musim lalu.

Ketika peringkat awal, kemuncu- lannya bersama pasukan Mclaren, Hamilton sinonim dengan topi keledar berwarna kuning sama seperti dipakai idolanya, mendiang Ayrton Senna.

Bagaimanap­un, warna dan reka bentuk topi keledar dipakai Hamilton berubah selepas beliau berpindah ke pasukan Mercedes AMG PETRONAS, mulai tahun 2013.

Sebelum ini, Persekutua­n Automobil Antarabang­sa (FIA) menetapkan peraturan melarang semua pelumba F1 menukar reka bentuk topi keledar dalam satu musim perlumbaan bagi memudahkan peminat mengenali pelumba kegemaran mereka.

Perubahan drastik itu diperkenal­kan kerana terdapat segelintir pelumba F1 yang gemar bertukar reka bentuk topi keledar sehingga menimbulka­n rasa tidak puas hati dan kekeliruan dalam kalangan peminat sukan permotoran berkenaan.

Juara dunia F1 empat kali iaitu Sebastian Vettel, menggunaka­n 60 topi keledar dengan pelbagai reka bentuk berbeza sepanjang kariernya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara rekaan topi keledar F1 yang telah siap.
Antara rekaan topi keledar F1 yang telah siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia