Berita Harian

luar garisan

Putera Adam pasang niat ganti Schumacher

- Oleh Haika Khazi mfaizultbh.com.my Subang Jaya

Walaupun, nama Putera Adam Halim kini mula meniti di bibir peminat sukan pemotoran negara selepas berjaya menaiki podium perlumbaan X30 Asia Challenge 2017 di Litar Go Kart Sepang, Selangor dan WSK Super Master Series di Itali dua tahun berturut-turut, namun beliau tetap mahu menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak seusianya.

Jadi tidak hairanlah jika Putera Adam, 10, mempunyai pelbagai hobi seperti kanak-kanak lain seperti bermain permainan video, berenang dan bermain bola sepak bersama rakan.

Bagaimanap­un, Putera Adam, hanya berpeluang untuk berenang, bermain permainan video atau bola sepak dengan rakan jika beliau tidak menjalani sebarang latihan atau menyertai mana-mana perlumbaan di Eropah mahu pun di Malaysia.

“Dari segi pemakanan pula, saya terpaksa banyak berkorban dan hanya makan hidangan vegetarian seperti sayur-sayuran dan buahbuahan kerana sukar mendapat makanan halal ketika menjalani latihan di Itali atau berlumba di Eropah.

Dapat lampu hijau

“Bagaimanap­un, saya tidak rasa itu sebagai masalah besar tetapi ia memang salah satu cabaran yang perlu saya tempuhi jika bercita-cita mahu menjadi pelumba Formula Satu (F1) suatu hari nanti,” katanya yang sering berkelana bersama Imran Shaharom akan bertindak sebagai jurulatih, teman, abang dan segala-galanya untuknya ketika berada di luar negara.

Pelumba remaja go-kart kelahiran Subang Jaya itu mencipta sejarah apabila muncul pelumba Malaysia pertama menaiki podium sebanyak dua kali pada saingan WSK Super Master Series, dua tahun berturut-turut.

Berikutan itu Putera Adam yang bernaung di bawah MVP Sports Agency menyimpan impian besar untuk terus menaiki podium di tiga lagi baki perlumbaan WSK Super Master Series di Litar Antarabang­sa 7 Laghi, Itali (pada 2 hingga 5 Mac ini), diikuti Litar Antarabang­sa La Conca (16 hingga 19 Mac) dan Litar Antarabang­sa Napoli Sarno (6 hingga 9 April).

Dalam pada itu, Putera Adam yang mula menyertai perlumbaan go-kart sejak awal usia lapan tahun selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada bapanya, Datuk Muazzam Ayob, kini memasang impian dan bercita-cita mahu untuk menjadi pelumba F1 seawal usia 18 tahun.

“Walaupun saya amat kagum dengan corak pemanduan berani dan kepantasan pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, namun sebenarnya idola saya dalam sukan F1 ialah pemandu legenda F1 berasal dari Jerman iaitu Michael Schumacher,” katanya.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] ?? Pelumba Gamoto ASD, Putera Adam Halim gemar melayani permainan konsul PS4 di kediamanny­a di Persiaran Putra Perdana, Subang Jaya, Selangor.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] Pelumba Gamoto ASD, Putera Adam Halim gemar melayani permainan konsul PS4 di kediamanny­a di Persiaran Putra Perdana, Subang Jaya, Selangor.
 ??  ?? Adam bersama dua trofi kejuaraan WSK Super Master Series dua tahun berturut-turut.
Adam bersama dua trofi kejuaraan WSK Super Master Series dua tahun berturut-turut.
 ??  ?? Adam juga gemar bersantai di kolam renang.
Adam juga gemar bersantai di kolam renang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia