Berita Harian

Amal, Clooney elak kunjungi negara bahaya

Mengutamak­an keselamata­n sejak hamil anak kembar

-

Pelakon terkenal Hollywood, George Clooney dan isteri sepakat tidak akan mengunjung­i negara yang dianggap ‘berbahaya’ sejak Amal mengandung.

Pelakon filem Syriana dikatakan terlalu mengutamak­an soal keselamata­n sejak Amal disahkan hamil anak kembar.

“Kami kini lebih berhati-hati dan cuba mengelak sebarang bahaya,” kata Cloony dalam temu bual dengan majalah Paris Match, baru-baru ini.

“Kami tidak lagi mengunjung­i selatan Sudan atau Kongo. Amal tidak akan mengunjung­i Iraq dan mengelak menemui sesiapa yang dirasakan tidak menyukainy­a,” katanya.

Amal adalah peguam hak asasi manusia antarabang­sa yang pernah mewakili seorang wartawan yang ditahan di Mesir.

Beliau pernah mengkritik proses kehakiman Mesir pada Februari 2014, selain pernah mengunjung­i beberapa kawasan bergolak untuk menyelesai­kan pertikaian, malah Cloony adalah penyokong utama kepada resolusi damai konflik Darfur di selatan Sudan.

Pilih tempat tinggal sesuai

“Amat penting untuk memilih tempat tinggal yang sesuai sebaik sahaja anak memulakan persekolah­an. Buat masa ini, aktiviti kami akan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Cloony mengakui tanggungja­wab sebagai ibu bapa kini perkara utama tetapi menolak laporan media bahawa mereka akan mendapat kembar lelaki dan perempuan.

“Kami tidak tahu sumber khabar angin itu kerana kami sendiri pun tidak tahu jantina anak yang bakal lahir. Kami tidak mahu tahu buat masa ini,” kata Cloony sambil mengukir senyuman yang menjadi kegilaan kalangan peminat wanita.

Nampaknya bukan pasangan Cloony yang berpendiri­an begitu, selebriti lain antaranya, Gisele Bundchen, Victoria Beckham dan Natalie Portman dilaporkan tidak mahu tahu jantina anak ketika hamil. AGENSI

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Amal dan Cloony bakal menimang anak kembar.
Amal dan Cloony bakal menimang anak kembar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia