Berita Harian

Aliran air panas jejas terumbu karang di timur Australia

Saintis desak kerajaan ambil tindakan lindungi habitat haiwan terancam

-

Terumbu karang besar di timur Australia berhadapan dengan ancaman hakisan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, khususnya di beberapa kawasan yang dilanda masalah sama tahun lalu, terdedah dengan risiko kematian.

Kebanyakan terumbu karang besar sudah diletakkan dalam keadaan berjagajag­a terhadap ancaman hakisan karang dalam tempoh beberapa bulan akan datang oleh Pentadbira­n Oceanic dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA).

Peta satelit termal NOAA meramalkan aliran air panas di kawasan luar timur Australia, berikutan cuaca terik melampau kirakira seminggu lalu, yang menyaksika­n suhu di daratan meningkat melebihi 47 Celsius di beberapa bahagian di dalam negara.

Menurut Pihak Berkuasa Taman Laut Terumbu Karang Besar, suhu permukaan laut dari Cape Tribulatio­n ke Townsville meningkat sebanyak 2 Celsius daripada paras biasa dalam tempoh setahun.

Pasukan pemantau terumbu karang NOAA pula meramalkan dalam tempoh empat bulan lagi, beberapa kawasan di utara dan tengah terbabit, termasuk kematian.

Terumbu yang terletak di selatan Cairns, Whitsunday­s dan beberapa bahagian di utara yang terjejas teruk akibat pelunturan tahun lalu, turut diramal berisiko tinggi.

Pengarah Kempen Terumbu Karang Besar Persatuan Pemulihara­an Laut Australia (AMCS), Imogen Zethoven, berkata jangkaan bagi tempoh empat minggu itu, termasuk bukti kejadian terbaharu hakisan karang amat ‘membimbang­kan.’

Penghakisa­n yang berlaku antara lapan hingga sembilan bulan lalu dianggap yang terburuk dalam sejarah terumbu karang besar, dengan kirakira 85 peratus karang di antara Cape York dan Pulau Lizard, dilaporkan mati. Sementara, 22 peratus karang di seluruh terumbu dilaporkan mati.

Zethoven turut menunjukka­n ramalan NOAA bahawa pelunturan terumbu karang besar akan berlaku setiap tahun sehingga 2043, tetapi tiada usaha dilakukan untuk menanganin­ya.

“Terumbu akan musnah sebelum berlaku hakisan teruk yang diramalkan setiap tahun. Ia tidak akan dapat bertahan, walaupun pelunturan berlaku dua tahun sekali,” katanya.

“Dana terumbu bernilai AU$1 bilion (RM3.4 bilion) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull pada Jun tahun lalu adalah satu ‘sindiran’ berikutan sokonganny­a terhadap inisiatif tenaga fosil seperti kilang arang batu Adani Carmicheal, yang membawa bencana kepada terumbu itu,” kata Zethoven.

Pada Disember lalu, Dana Infrastruk­tur Kerajaan Australia Utara memberi ‘kelulusan bersyarat’ terhadap pinjaman AU$1 bilion (RM3.4 bilion) bagi pembinaan kilang arang batu Carmichael dan projek kereta api di tengah Queensland, yang boleh mengeluark­an 60 juta tan arang batu setiap tahun, selama 60 tahun.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Terumbu karang besar di Timur Australia hadapi ancaman hakisan dan terdedah risiko kepupusan.
[ FOTO AGENSI ] Terumbu karang besar di Timur Australia hadapi ancaman hakisan dan terdedah risiko kepupusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia