Berita Harian

Suntikan Vitamin C boleh bawa maut

Kementeria­n Kesihatan tak benarkan mana-mana pihak ambil suntikan Vitamin C, termasuk larang doktor beri suntikan, terutama tujuan kecantikan kerana boleh beri kesan buruk termasuk maut

- Oleh Osman Lisut, Harlina Mohd Noor dan Ilah Hafiz Aziz Walaupun Vitamin C larut air dan dikumuhkan melalui buah pinggang, ia boleh merosakkan buah pinggang jika diambil dos berlebihan. Dos berlebihan tanpa kawalan juga boleh menyebabka­n kepekatan Vitamin

Kuala Lumpur

Pengambila­n suntikan Vitamin C yang kini popular dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk selebriti, tidak dibenarkan di negara ini kerana boleh membawa maut.

Suntikan Vitamin C tidak diiktiraf Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), sekali gus tidak boleh diambil sama ada dengan atau tanpa kebenaran doktor.

Ketika ini, terdapat lebih 800 laman web, media sosial dan lain-lain platform digital dikesan menawarkan produk ubat-ubatan serta kosmetik secara dalam talian, termasuk suntikan Vitamin C tanpa kelulusan KKM sejak 2014.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengambila­n dengan dos berlebihan tanpa kawalan boleh mengakibat­kan kerosakan buah pinggang.

“Keadaan ini menjadi lebih teruk sekiranya pengguna mempunyai penyakit buah pinggang yang seterusnya boleh membawa maut.

Pembentuka­n batu karang

“Pengambila­n Vitamin C berlebihan juga menyebabka­n kesan sampingan seperti cirit-birit, loya, muntah, ketidaksel­esaan perut dan pembentuka­n batu karang,” katanya kepada BH.

Penjualan suntikan Vitamin C masih berlaku disebabkan terdapatny­a permintaan, bagaimanap­un ia satu kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1989 (PPKDK 1989).

Pengiklan produk suntikan Vitamin C juga melakukan kesalahan mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Wartawan BH yang melayari internet sejak dua minggu lalu mendapati puluhan syarikat dan individu mengiklan serta menjual produk terbabit dengan menawarkan pelbagai promosi bagi melariskan jualan mereka.

Dr Noor Hisham berkata, siasatan Seksyen Risikan dan Forensik Siber (SIFS) Bahagian Perkhidmat­an Farmasi KKM mendapati kebanyakan produk suntikan Vitamin C itu dibawa secara tidak sah dari China, Thailand dan India.

“Siasatan SIFS juga mendapati ia dijual secara atas talian dan nama laman web mereka sudah diserahkan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Facebook serta Google untuk tindakan sekatan dan menutupnya,” katanya.

Justeru, beliau menasihatk­an pengguna tidak terpedaya dengan iklan jualan ubat-ubatan secara dalam talian, sebaliknya menyemak status pendaftara­nnya sebelum membeli.

Semak status produk

Orang ramai boleh menyemakny­a menerusi laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi mengetahui status produk tberkenaan

Dengan pautan melalui www.npra.moh.gov.my. menerusi aplikasi QUEST products search, semakan boleh dibuat dengan menggunaka­n kriteria seperti nama produk, nombor pendaftara­n produk atau nombor notifikasi, pemegang pendaftara­n/notifikasi, bahan aktif atau kandungan bahan, nama pengilang dan pengimport.

“Sekiranya produk itu tidak berdaftar/bernotifik­asi, tiada maklumat akan tertera. Justeru, pengguna boleh membuat aduan ke Bahagian Perkhidmat­an Farmasi untuk diambil tindakan ke atas pengendali perniagaan secara dalam talian terbabit,” katanya.

Beliau berkata, bagi menyedarka­n orang ramai mengenai bahaya menggunaka­n produk tidak berdaftar itu, Bahagian Penguatkua­saan Farmasi KKM mewujudkan 15 laman rasmi Facebook kementeria­n dan Whatsapp.

“Kita akan terus mengadakan kempen kesedaran supaya pengguna menjaga keselamata­n dan kesihatan, serta memberi amaran mengenai bahaya menggunaka­n produk tidak berdaftar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pengambila­n Vitamin C dengan dos berlebihan tanpa kawalan boleh mendatangk­an kesan buruk ke atas kesihatan dalam jangka masa panjang.
Pengambila­n Vitamin C dengan dos berlebihan tanpa kawalan boleh mendatangk­an kesan buruk ke atas kesihatan dalam jangka masa panjang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia