Berita Harian

Barcelona tersentap

Enrique undur diri musim depan tenggelamk­an kemenangan besar ke atas Sporting Gijon

-

̌

Ketika Barcelona meraikan kejayaan memintas Real Madrid di carta La Liga selepas menang besar 6-1 ke atas Sporting Gijon, mereka dikejutkan dengan pengumuman Luis Enrique meninggalk­an kelab musim depan.

Jurulatih Barcelona berusia 46 tahun yang juga bekas pemain kebangsaan Sepanyol memberi alasan mahu bebas seketika daripada dunia bola sepak dan mencari ketenangan.

“Saya perlukan rehat,” kata Enrique. “Saya tidak akan menjadi jurulatih untuk Barcelona musim depan. Ia akan menjadi tiga tahun yang tidak dapat dilupakan,” katanya di bilik persalinan selepas perlawanan di Camp Nou.

Berita itu mengejutka­n banyak pihak kerana Enrique masih mempunyai peluang untuk meraih tiga gelaran bersalam kelab Catalan itu sebelum meninggalk­an kelab - Liga Sepanyol, Copa del Rey dan Liga Juara-juara.

Dalam aksi pagi tadi, gandingan trio MSN - Messi, Suarez, Neymar masing-masing menjaringk­an satu gol untuk Barca manakala dua lagi dijaringka­n Rakitic, Alcacer serta gol sendiri pemain Sporting, Juan Rodriguez.

Sporting berjaya merapatkan jurang apabila Carlos Castro menjaringk­an gol pada minit ke-21.

Diejek penonton

Presiden Barcelona, Josep Bartomeu berkata, jurulatih itu ada memaklumka­n hasratnya itu beberapa hari lalu.

“Kami menerima keputusan Luis Enrique itu. Dia seorang jurulatih hebat. Sekarang, kami perlu menamatkan musim dengan yang terbaik. Dia banyak membantu kejayaan kami dan dia masih boleh membantu kami. Pemain sangat bermotivas­i untuk memastikan­nya berlaku.”

Barcelona berada dalam persaingan sengit untuk meraih gelaran liga bersama Real Madrid dan mara ke pentas final Copa menentang Alaves.

Namun, kekalahan 0-4 di tangan Paris Saint-germain di saingan Liga Juara-juara bulan lalu itu, menjadi puncak kecaman penyokong, media dan diejek penonton di Camp Nou dalam perlawanan liga selepas kekalahan di Paris.

Jurulatih yang sempurna

Berita itu pantas mendapat reaksi bekas pengendali gergasi Catalan, Pep Guardiola yang menyifatka­n Enrique sebagai ‘jurulatih yang sempurna’. “Saya ada dua reaksi,” kata Guardiola.

“Pertamanya sebagai penyokong Barca - kerana ia kelab di hati saya - memang saya amat sedih dengan berita ini.

“Kami akan kehilangan jurulatih yang sempurna untuk Barcelona - personalit­i dan karaktor. Dia mempunyai tempoh dua atau tiga tahun dan bermain bola sepak yang hebat bersama pemain yang hebat di Nou Camp.

“Keduanya, jika itu keputusan yang dibuatnya, saya amat faham mengapa dan sudah pasti saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya. Dan akhir sekali, seperti ahli kelab yang lain saya mahu mengucapka­n terima kasih di atas segala apa yang anda lakukan sepanjang tiga tahun di kelab ini.

“Sebagai penyokong Barcelona, saya amat sedih kerana hanya terdapat beberapa pengurus di dunia ini yang lebih baik Luis Enrique,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Luis Suarez (dua dari kanan) ledak gol benam Gijon.
Luis Suarez (dua dari kanan) ledak gol benam Gijon.
 ??  ?? Enrique umum undur diri.
Enrique umum undur diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia