Berita Harian

NS mahu jadikan KL mangsa

Pemain Hobin Jang Hobin dituntut guna kelebihan gelanggang sendiri

- Oleh Mohd Amin Jalil

Pemain Negeri Sembilan dituntut mempertaha­nkan reputasi beraksi tanpa kalah dalam enam perlawanan berturut-turut ketika melayan kunjungan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Ketua jurulatih, Mohd Asri Ninggal berkata, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin untuk meraih tiga mata sekali gus memastikan kedudukan pasukan di puncak carta liga tidak terjejas.

Beliau berkata, biarpun tampak sedikit keletihan berikutan jadual perlawanan padat, pemain perlu tenang dan kekal fokus supaya semua perancanga­n yang dirangka membuahkan hasil.

“Saya sedar tugas berdepan Kuala Lumpur bukan mudah kerana pasukan itu antara pencabar terkuat dalam liga dan kami tidak boleh ambil mudah walaupun beraksi di gelanggang sendiri.

Rekod cemerlang

“Apa yang penting rekod cemerlang yang dicapai setakat ini perlu dipertahan­kan lebihlebih lagi beraksi di laman sendiri,” katanya semalam.

Asri yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, beliau lega kerana dapat menurunkan barisan terbaiknya malam ini dan berharap pemain yang dijadikan sandaran dapat melaksanak­an tugas dengan berkesan.

“Persiapan pasukan tampak berjalan lancar apabila semua pemain utama boleh diturunkan, namun senarai terakhir akan diketahui esok (hari ini).

“Kami perlu tampilkan persembaha­n lebih mantap berbanding sebelum ini kerana Kuala Lumpur adalah sebuah pasukan berpengala­man dan berwibawa,” katanya.

Asri berkata, gandingan Bruno Suzuki dan Marko Simic hampir pasti menjadi sandaran utama dalam misi merobek gawangkual­alumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia