Berita Harian

MAIK, UMNO Rantau Panjang mahu bantu

Kedua-dua pihak akan siasat, tentukan jenis bantuan

- Oleh Syaherah Mustafa

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyiasat secara terperinci berhubung nasib 10 beranak yang terpaksa tinggal di kawasan pelupusan sampah, sejak tujuh tahun lalu.

Kisah keluarga itu disiarkan BH semalam menjadi perhatian kerana kesempitan hidup dialami mereka yang hanya bekerja sebagai pemungut barang terbuang di kawasan pelupusan sampah.

Timbalan Yang Dipertuany­a, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi, berkata pegawai MAIK akan dihantar dengan segera ke rumah mereka bagi menyiasat keadaan sebenar keluarga itu.

“Mereka akan dibantu dengan sebaiknya jika dikategori­kan sebagai golongan asnaf yang layak menerima bantuan.

“Bantuan MAIK diberi kepada keluarga yang mengalami kesempitan hidup supaya bebas daripada kemiskinan tegar.

“Mungkin ada yang terlepas pandang kes di Kampung Baru, Pusu 40, ini kerana mereka sendiri tidak pernah melaporkan kepada pihak bertanggun­gjawab untuk memohon bantuan.

Terima kasih kepada BH

“Pihak kami mengucapka­n terima kasih kepada BH yang banyak membantu mendedahka­n keluarga kurang bernasib baik ini, sekali gus memudahkan urusan kami dalam memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

BH semalam melaporkan pasangan suami isteri, Ariffin Hamzah, 57, dan Rokiah Noor, 54, terpaksa memilih tinggal di kawasan timbunan sampah bersama dua anak dan menantu serta empat cucu berusia antara dua tahun hingga tujuh tahun, di Kampung Baru, Pusu 40, di sini, akibat kemiskinan.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Rantau Panjang, Ghazali Ismail, berkata pihaknya juga akan menyiasat berkenaan keluarga itu bagi menentukan jenis bantuan boleh diberi.

“Memandangk­an Ariffin masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit, saya berpendapa­t dia boleh melakukan kerja lain seperti menjual sayur-sayuran, bercucuk tanam atau menoreh getah seperti dilakukan penduduk di sekitar kawasan itu.

“Kita juga akan cuba meminta kerjasama daripada pihak bertanggun­gjawab bagi membantu keluarga ini,” katanya.

 ??  ?? Laporan BH semalam.
Laporan BH semalam.
 ??  ?? Nik Mohd Azlan Abd Hadi
Nik Mohd Azlan Abd Hadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia