Berita Harian

Kuasa SKMM terhad

Bidang kuasa SKMM perlu diperluas untuk hapus lebih 800 laman web, saluran digital lain yang dikesan jual produk ubat-ubatan, kosmetik tanpa kelulusan

- Oleh Osman Lisut manlee@bh.com.my

Isu penjualan cecair Vitamin C secara sewenangwe­nangnya menerusi laman web tidak akan selesai selagi pihak berkuasa berkaitan tidak diperuntuk­kan kuasa lebih luas dan disertai hukuman lebih tegas.

Ketika ini, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh mengambil tindakan menyekat atau menutup akaun syarikat atau individu yang menjual bahan ubat-ubatan tidak diiktiraf pihak berkuasa kesihatan itu.

Namun, tanpa kuasa lebih luas, terutama bagi mengesan dalang utama kegiatan itu, akan muncul lebih banyak laman web atau akaun baharu di laman sosial menjual bahan terbabit, termasuk oleh syarikat atau individu yang akaun lama mereka sudah disekat SKMM.

Berikutan itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berpendapa­t perlu digubal undang-undang untuk SKMM mengambil tindakan lebih ‘menggerunk­an’ ke atas syarikat atau individu yang bergiat dalam aktiviti terbabit.

“Tindakan SKMM ketika ini dilihat langsung tidak menakutkan syarikat atau individu yang menjual Vitamin C atau menawarkan khidmat suntikan cecair berkenaan atau produk terlarang lain secara dalam talian.

“Walaupun SKMM ada kuasa menyekat dan tutup akaun laman sosial syarikat atau individu terbabit, kuasa itu diperlekeh­kan pihak berkenaan yang meneruskan aktiviti menerusi akaun baharu dengan identiti berlainan, malah lebih banyak.

Hukuman lebih tegas

“Ini pasti menyukarka­n pihak berkuasa untuk ambil tindakan. Jadi, perlu digubal hukuman lebih tegas termasuk penjara mandatori supaya pihak terbabit gerun dan boleh dijadikan pengajaran jika ada pihak lain menjalanka­n aktiviti sama,” katanya.

Semalam, BH melaporkan pengambila­n suntikan Vitamin C yang popular ketika ini, terutama dalam kalangan selebriti adalah dilarang sama ada dengan atau tanpa kebenaran doktor berikutan tidak diiktiraf Kementeria­n Kesihatan kerana boleh membawa maut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, dos berlebihan tanpa kawalan boleh mengakibat­kan kerosakan buah pinggang dan lebih teruk sekiranya pengguna sudah sedia mempunyai penyakit itu hingga boleh membawa maut.

Nadzim berkata, SKMM juga tidak boleh dipersalah­kan sepenuhnya kerana penjualan produk secara dalam talian mungkin perkara baharu dan tiada garis panduan untuk menghalang­nya.

Sukar kekang aktiviti

“Dalam pertemuan PPIM dengan SKMM, suruhanjay­a itu mengakui sukar mengekang aktiviti berkenaan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. SKMM maklumkan pernah tutup satu laman judi, tetapi lima yang lain dibuka. Bila tutup lima, 20 laman baharu dibuka.

“Jika tiada hukuman lebih berat, SKMM akan menghadapi masalah sama. Kerajaan juga perlu kaji kaedah terbaik termasuk mendidik pengguna dengan memaparkan kesan pengambila­n suntikan Vitamin C.

“Masalahnya, pengguna di Malaysia pantang tengok barang cantik, terus nak beli. Jika ada produk didakwa boleh memutihkan kulit, terus cuba produk berkenaan. Dalam hal ini, rakyat perlu bijak dan jangan termakan pujuk rayu iklan di laman web,” katanya.

Ini pasti menyukarka­n pihak berkuasa untuk ambil tindakan. Jadi, perlu digubal hukuman lebih tegas termasuk penjara mandatori supaya pihak terbabit gerun dan boleh dijadikan pengajaran jika ada pihak lain menjalanka­n aktiviti sama” Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM

 ??  ??
 ??  ?? Suntikan Vitamin C tidak diiktiraf Kementeria­n Kesihatan kerana mengundang bahaya.
Suntikan Vitamin C tidak diiktiraf Kementeria­n Kesihatan kerana mengundang bahaya.
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia