Berita Harian

MIRA FILZAH MASIH LARIS

Elak penonton jelak bawa watak klise ketika ruang untuk pelakon berhijab terhad

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Mira Filzah bermula cemerlang dengan dua trofi kemas dalam genggamann­ya. Dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29), selain dijulang Artis Baharu MELETOP, Anugerah MELETOP Era, Mira selesa dalam liga tersendiri.

Kehangatan yang dicetuskan pada tahun lalu diharapkan­nya menular, seiring kematangan­nya sebagai insan seni. Ternyata, ketika menyusun perjalanan, graf kerjaya Mira seperti diuji. Akur pasang surut kehidupan, Mira yang bakal meraikan ulang tahun ke-24 pada 2 April depan positif dengan apa yang ditempuhin­ya.

Bagi Mira yang melonjak populariti selepas membintang­i drama Cinta Si Wedding Planner berganding­an dengan Adi

Putra, selagi masih meniti landasan yang betul, rezeki pasti akan terus berpihak.

Bijak mengatur strategi dalam diam, Mira optimis dengan segala cabaran mendatang.

Ketika ramai bakat baharu hadir mewarnai persada seni, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezama­n itu mahu terus fokus mendepani apa yang sedia terbentang di depan matanya. Deretan drama yang menanti tayangan menjadi bukti bakat Mira masih jadi taruhan.

“Sepanjang tahun lalu, saya banyak terbabit dengan penggambar­an yang mengambil masa yang panjang. Contohnya drama Meh Sandarkan Pada

Aku yang mengambil masa empat bulan disiapkan.

Hanya pada akhir bulan lalu, drama itu menemui peminat menerusi slot Dahlia di TV3.

“Mungkin kerana itu, ramai menyangka saya tidak begitu aktif berlakon. Hakikatnya, kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Tahun lalu juga saya terbabit dengan program realiti, 3 Juara sebagai pengacara. Program itu berlangsun­g dari Oktober dan hanya berakhir pada awal Januari lalu.

“Saya percaya, dalam hidup pasti akan ada turun naiknya, tetapi saya bersyukur kerana tawaran kerja tidak pernah putus. Saya tetap sibuk, namun berusaha membahagik­an masa untuk merehatkan minda dengan bercuti. Tiada masa untuk saya kembali menoleh ke belakang.

“Saya cuba memanfaatk­an apa sahaja ruang terbaik untuk memperbaik­i dan mengukuhka­n diri,” kata Mira yang mula berlakon sekitar tahun 2013.

Bukan persoalan besar

Ketika mula berlakon, Mira masih dalam tahun pertama pengajian Perniagaan Antarabang­sa di Universiti Teknologi MARA (UITM), Puncak Alam. Sempat membintang­i drama mini, Dunia Lola di Astro, Mira seterusnya kembali memberi tumpuan kepada pelajaran.

Hanya pada tahun akhir pengajian, Mira kembali berjinak-jinak menjadi pengacara seterusnya aktif berlakon. Selepas menggengga­m ijazah, gadis dari Ipoh, Perak ini pernah terfikir untuk tidak lagi bergiat aktif dalam dunia seni. Namun, aturan Tuhan membawanya kembali menggeluti kerjaya seni.

Pengaruh yang dibina itu turut dimanfaatk­an Mira untuk

Saya percaya, dalam hidup pasti akan ada turun naiknya, tetapi saya bersyukur kerana tawaran kerja tidak pernah putus

menceburi bidang perniagaan.

“Saya anggap ia sebagai rezeki yang sudah tertulis. Dunia seni membuka pintu dan peluang untuk saya menimba pengalaman. Tidak kira dalam lakonan atau pengacaraa­n, saya berpeluang bekerja dengan orang yang berbeza. Ia juga membuka ruang untuk saya meneroka benda baharu.

“Cuma, saya akui sebagai pelakon bertudung, ada batas yang perlu dijaga. Watak juga agak terhad, tetapi perkara itu tidak pernah menjadi persoalan besar kepada diri. Jika terlalu kerap berlakon, bimbang nanti penonton akan jelak. Pasti penonton akan lebih teliti dalam menghakimi.

“Saya tidak mahu prestasi lakonan saya dilihat mendatar apabila sentiasa membawakan watak klise. Saya tidak kisah jika lama tidak muncul dengan produk baharu di kaca TV,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia