Berita Harian

‘Dakwaan negara gagal tak masuk akal’

Saudi Aramco enggan jadikan PETRONAS rakan ekuiti jika dakwaan pembangkan­g berasas: PM

- Oleh Poliana Ronnie Sidom dan Irwan Shafrizan Ismail bhnews@bh.com.my

Syarikat petroleum Arab Saudi, Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) tidak akan memeterai perjanjian dengan PETRONAS dalam ekuiti yang berjumlah RM31 bilion (AS$7 bilion), jika Malaysia adalah ‘negara gagal’ seperti dakwaan pembangkan­g, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya, Malaysia juga menjadi negara pertama dilawati Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud dalam rangka lawatan pemimpin negara itu.

Katanya, tidak masuk akal apabila Malaysia dikatakan negara yang gagal apabila syarikat petroleum terbesar dunia itu yang mampu menghasilk­an 14 juta tong minyak sehari menjadikan syarikat PETRONAS sebagai rakan ekuiti membina kilang penapis minyak.

“Kalau Malaysia negara gagal, ingat Baginda Raja Salman nak datang ke Malaysia ini? Datang dengan kapal terbang besar ke Malaysia, rombongan besar dan membuat perjanjian dengan PETRONAS untuk melabur RM31 bilion projek RAPID (Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) di Johor.

“Ingat baginda nak buang masa dengan Malaysia, dengan Perdana Menteri Malaysia, dengan Kerajaan Malaysia? Ini (dakwaan) yang kata kita negara gagal tak masuk akal langsung,” katanya berucap merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, di sini, semalam.

Landasan Lapangan Terbang Sandakan dipanjangk­an

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, barisan anggota Kabinet Sabah selain pemimpin komponen Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Harbour Square, di sini, petang semalam, Perdana Menteri mengumumka­n landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangk­an bagi membolehka­n pesawat lebih besar mendarat, khususnya penerbanga­n terus dari negara luar terutama China.

Beliau berkata, kajian dilakukan bagi menentukan harga kontrak pelaksanaa­n projek berkenaan dan beliau meminta Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menyegerak­annya.

Najib juga bercadang untuk melancarka­n projek itu dalam lawatan seterusnya ke daerah ini pada masa akan datang.

“Ini membolehka­n penerbanga­n terus menggunaka­n jet besar, mungkin Airbus 330 atau penerbanga­n sewa khas dari China mendarat di Sandakan. Kita tak menyentuh bangunan terminal, akan lakukan kemudian... kita tumpu kontrak panjangkan landasan,” katanya.

Terdahulu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa kira-kira 30 minit minum petang bersama pemimpin Sabah selepas melancarka­n tanda nama ‘I Love Sandakan’.

Pertingkat produk halal Putrajaya,

Di Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengiktira­fan pelbagai negara terhadap Malaysia sebagai antara peneraju ekosistem halal global tidak wajar membuatkan negara ini rasa selesa, sebaliknya perlu terus memperting­kat pembanguna­n sektor itu.

Beliau berkata, kerjasama erat dijalin menerusi lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman, ke Malaysia baru-baru ini perlu dimanfaatk­an bagi memperluas strategi pembanguna­n produk halal.

“Pencapaian piawaian halal Malaysia peringkat antarabang­sa amat membanggak­an sehingga banyak negara menagih khidmat dan kepakaran Malaysia membangunk­an ekosistem halal mereka,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Halal Malaysia yang pertama di Bangunan Perdana Putra, di sini semalam.

Kalau Malaysia negara gagal, ingat Baginda Raja Salman nak datang ke Malaysia ini? Datang dengan kapal terbang besar ke Malaysia, rombongan besar dan membuat perjanjian dengan PETRONAS” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Najib diiringi Musa dan Pairin Kitingan bersama penerima kunci rumah PPR pada Majlis Perasmian PPR Taman Batu Sapi, Sandakan, semalam.
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Najib diiringi Musa dan Pairin Kitingan bersama penerima kunci rumah PPR pada Majlis Perasmian PPR Taman Batu Sapi, Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia