Berita Harian

Remaja buta johan tilawah al-quran

Kecacatan tak halang pelajar SMKA Melor membaca kitab suci dengan baik

- Oleh Ismail Muhamad bhkb@bh.com.my

Remaja cacat penglihata­n, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 19, dinobatkan sebagai johan qari Tilawah Al-quran Peringkat Negeri Kelantan 2017, di Balai Islam Lundang di sini, malam kelmarin.

Kemenangan anak sulung daripada enam beradik itu sekali gus membuktika­n kecacatan sejak lahir yang dialaminya bukan penghalang untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menyifatka­n kemenangan itu amat bermakna buat dirinya selepas mendapat tempat kedua pada tilawah berkenaan tahun lalu.

Muhammad Qayyim berkata, dia berminat dengan al-quran sejak berusia tiga tahun lagi dan sejak kecil ibu, Rozan Mohamed, 45, serta ayah, Sarimi Yusoff, 52, mengajarny­a membaca al-quran.

“Sebaik masuk sekolah kebangsaan, saya mula mempelajar­i alquran menggunaka­n braille yang diajar oleh guru mengaji dan bermula dari situ, saya tekad mahu mempelajar­i dengan lebih mendalam, selain menyertai pelbagai pertanding­an tilawah.

Usaha tak sia-sia

“Ternyata usaha saya sejak dari sekolah rendah termasuk mendapat tunjuk ajar beberapa bekas qari kebangsaan di negeri ini tidak sia-sia apabila ia membuahkan hasil dalam keadaan diri saya yang tidak sempurna berbanding mereka yang lain.

“Kejayaan ini amat bermakna buat diri saya dan menjadi pendorong serta pembakar semangat untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Qayyim dan guru agama Maahad Syamsul Maarif (Perempuan) Pulai Chondong, Munirah Kasim, 50, masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah tilawah al-quran, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah, plak dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaika­n oleh Pemangku Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Menerusi kemenangan itu, johan qari dan qariah akan mewakili Kelantan ke majlis tilawah Al-quran peringkat kebangsaan di Melaka pada 2 April ini.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyampaik­an hadiah dan piala kepada Muhammad Qayyim (dua dari kanan) pada Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-quran Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyampaik­an hadiah dan piala kepada Muhammad Qayyim (dua dari kanan) pada Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-quran Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Balai Islam, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu.
 ??  ?? Munirah menunjukka­n piala yang dimenangin­ya serta sijil penyertaan pada majlis Tilawah Al-quran peringkat Kelantan.
Munirah menunjukka­n piala yang dimenangin­ya serta sijil penyertaan pada majlis Tilawah Al-quran peringkat Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia