Berita Harian

TPM mahu anak FELDA diketengah jadi pemimpin

Calon warga tanah rancangan lebih tahu isu, kehendak masyarakat peneroka

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu FELDA mewujudkan anjakan paradigma bagi membentuk lembaran baharu khususnya kepada peneroka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, zaman untuk peneroka FELDA serta generasi kedua dan ketiga kawasan rancangan tanah bernostalg­ia sudah tamat.

“Kita harus berpijak di bumi nyata dan saya mahu FELDA dapat membentuk satu anjakan paradigma bagi membuka lembaran baharu untuk tanah rancangan itu,” katanya.

Ketengah pemimpin baharu

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 MBFM, di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abdul Manap.

Ahmad Zahid turut berharap FELDA dapat mengenal pasti golongan belia di tanah rancangan itu untuk diketengah­kan sebagai pemimpin pada masa akan datang.

Beliau juga yakin di bawah kepemimpin­an Shahrir, FELDA mampu membantu memulihkan semula imej agensi berkenaan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Ahmad Zahid merangkap Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, mahu FELDA membantu merampas semula enam kerusi di kawasan tanah rancangan itu daripada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Calon anak FELDA

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 54 Parlimen meliputi kawasan FELDA dan enam terlepas ke tangan pembangkan­g dalam PRU-13 lalu.

Sehubungan itu, katanya, agensi berkenaan dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) perlu membantu merampas semula enam kerusi itu dalam PRU-14.

“Saya harap dalam pilihan raya nanti, anak FELDA akan diberi keutamaan menjadi calon di kawasan diliputi tanah rancangann­ya kerana mereka tahu isu dan kehendak masyarakat kawasan itu.

“Kita mahu kawasan FELDA diwakili anak FELDA sendiri kerana mereka tahu denyut nadi kawasan itu. Kawasan lain boleh diwakili orang luar tetapi FELDA harus diwakili produk FELDA sendiri,” katanya.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Shahrir (kiri) dan Anuar (dua dari kanan) melancarka­n Iktiraf 2017 selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 MBFM di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Ahmad Zahid bersama Shahrir (kiri) dan Anuar (dua dari kanan) melancarka­n Iktiraf 2017 selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 MBFM di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia