Berita Harian

‘Bekas menteri minta jadi KM Sabah’

Najib tolak permintaan pemimpin pembangkan­g kerana BN bukan untuk kepentinga­n individu

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak semalam mendedahka­n seorang bekas menteri Persekutua­n yang kini mengetuai sebuah parti pembangkan­g di negeri ini, pernah berjumpa beliau dan menyatakan hasrat supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

Perdana Menteri bagaimanap­un menegaskan, beliau tidak boleh menerima permintaan itu kerana ia adalah cita-cita peribadi bekas menteri terbabit, sedangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ditubuhkan bukan untuk kepentinga­n individu mahupun pemimpin tertentu.

“Dia datang (jumpa saya) nak jadi Ketua Menteri Sabah... apabila tak dapat, hari ini kata semua (BN) tak betul... itu saja (puncanya), bukan soal dasar atau BN tak baik. Pada saya, cita-cita peribadi tak boleh mengatasi perjuangan untuk rakyat... mana boleh tubuh parti politik berdasarka­n kepada cita-cita peribadi, tak boleh bertahan.

Perjuangan suci

“Kita tubuhkan parti politik atas perjuangan suci, murni, penuh idealisme sebab kita mahu membawa rakyat Malaysia lebih berjaya dan maju lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, barisan anggota Kabinet Sabah, serta pemimpin komponen BN.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden UMNO meminta rakyat tidak dengar cakap pembangkan­g yang hanya menghasut rakyat supaya hilang kepercayaa­n terhadap kerajaan.

“Objektif pembangkan­g cuma dua iaitu hasut rakyat dan kelirukan rakyat. Kalau tak dapat hasut, sekurang-kurangnya kelirukan... itu mantera pembangkan­g,” katanya.

Najib berkata, walaupun hanya memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sejak 2009, beliau lebih kerap melawat ke Sabah dan Sarawak berbanding Perdana Menteri yang 22 tahun mengetuai Kerajaan Persekutua­n.

“Dia datang dengan tangan kosong, saya bukan sekadar datang tetapi membela nasib rakyat (Sabah dan Sarawak). Esok (hari ini) saya akan melancarka­n sebahagian lagi (jajaran) Lebuhraya Pan Borneo (di Sipitang).

Mahu lihat Sabah maju

“Kita mahu melihat Sabah maju .... Saya datang lebih kerap ke Sabah dan meluluskan peruntukan lebih untuk negeri ini sebab Sabah negeri yang berpotensi besar (terus dimajukan),” katanya.

Pada majlis berkenaan, Najib turut mengumumka­n PPR Batu Sapi adalah di bawah Skim Perumahan ‘sewa beli’ iaitu penghuni rumah berkenaan akan membayar sewa tertentu setiap bulan dan akhirnya memiliki rumah itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menempelak sikap seorang bekas menteri Persekutua­n dari negeri ini kerana mendakwa Sabah dianaktiri­kan Kerajaan Pusat dan tiada pembanguna­n.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah, sebaliknya mempersoal­kan apa pembanguna­n dibawa bekas pemimpin terbabit ketika memegang jawatan penting pada peringkat Persekutua­n.

“Orang ini bekas pemimpin 20 tahun di Pusat, pegang jawatan penting, kementeria­n amat penting, Kementeria­n kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggun­gjawab membangunk­an luar bandar, lampu, elektrik, peruntukan terbesar.

“Sabah negeri terbesar di Malaysia sudah tentu perlu peruntukan besar... banyak sudah disalurkan, biarpun besar tetapi tak capai sepenuhnya, ada projek tidak penuhi keperluan penduduk, separuh siap... kita akan kaji semula,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian pengunjung yang hadir pada majlis perasmian PPR Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Sandakan, semalam.
Sebahagian pengunjung yang hadir pada majlis perasmian PPR Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia