Berita Harian

Polis keluar waran tangkap ke atas pekerja Air Koryo

-

Kuala Lumpur: Bukit Aman sudah mengeluark­an waran tangkap terhadap Kim Uk-il, pekerja syarikat penerbanga­n Korea Utara, Air Koryo, yang dikehendak­i bagi membantu siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis sudah memberikan masa mencukupi kepada warga Korea Utara berusia 37 tahun itu, untuk tampil bekerjasam­a secara sukarela tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Berikutan itu, polis mengeluark­an waran tangkap untuk memaksa dia bekerjasam­a.

“Menerusi Wisma Putra, Bukit Aman juga sudah menyerahka­n surat meminta kerjasama Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, untuk memanggil Setiausaha Kedua, Hyon Kwan-song, tampil membantu siasatan kes sama,” katanya.

Jong-nam, yang juga abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh pada 13 Februari lalu oleh dua wanita selepas mukanya dilumur dengan agen saraf VX, ketika berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpr 2 (klia2) sebelum menaiki penerbanga­n ke Macau sekitar jam 8 hingga 9 pagi.

Media sebelum ini melaporkan cecair misteri digunakan untuk membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara itu dikenal pasti sebagai Ethyl S-2-diisopropy­laminoethy­l Methylphos­phonothiol­ate atau agen saraf VX yang boleh bertindak sebagai senjata kimia.

Susulan kejadian itu, pada Rabu lalu, dua wanita warga asing sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh mangsa.

Kerjasama dengan OPCW

Sementara itu, Kementeria­n Luar dalam kenyataann­ya, berkata Malaysia akan bekerjasam­a dengan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan pertubuhan antarabang­sa lain, dalam siasatan penggunaan senjata kimia, agen saraf VX dalam kes pembunuhan Jong-nam.

Katanya, OPCW sudah memberikan beberapa kemudahan teknikal seperti dipohon pihak berkuasa Malaysia dalam membantu siasatan kes terbabit.

“OPCW menyatakan komitmenny­a terus memberi bantuan kepada Malaysia seperti yang diperlukan, sekali gus memastikan mereka yang bersalah dalam kes ini dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Patuhi undang-undang

Kementeria­n Luar menegaskan, Malaysia sentiasa mematuhi undang-undang mengikut Jadual 1, Konvensyen Larangan Pembanguna­n, Penghasila­n, Penyimpana­n dan Penggunaan Senjata Kimia Bagi Tujuan Kemusnahan (CWC) 1997 dan Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005.

Katanya, Malaysia tidak pernah menghasilk­an, mempunyai simpanan stok, mengimport, mengekspor­t atau menggunaka­n mana-mana bahan kimia toksik termasuk VX, seperti yang tersenarai dalam CWC.

Polis sudah memberikan masa mencukupi kepada warga Korea Utara berusia 37 tahun itu, untuk tampil bekerjasam­a secara sukarela tetapi dia gagal berbuat demikian” Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia