Berita Harian

PERHILITAN rampas penyu dalam bagasi

Warga Bangladesh lepasi pemeriksaa­n Dhaka kena tahan di KLIA

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my Kuala Lumpur

Seorang lelaki warga Bangladesh, sanggup menyumbat 35 ekor penyu Blackpond Turtle dalam dua beg bagasi, semata-mata mahu menyeludup haiwan terbabit ke negara ini.

Spesies yang tiada di Malaysia itu, dikatakan mempunyai permintaan pada harga tinggi dalam pasaran gelap di negara ketiga.

Meskipun berjaya melepasi pemeriksaa­n di Dhaka, Bangladesh, namun lelaki terbabit diperangka­p oleh Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan kerjasama Polis Antarabang­sa (INTERPOL).

Hasil maklumat, PERHILITAN menyerbu lelaki berusia 37 tahun itu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari Dhaka, pada 22 Februari lalu sebelum merampas haiwan eksotik bernilai kira-kira RM17,500.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim, berkata lelaki terbabit dipercayai menyeludup penyu itu ke Malaysia dijadikan transit ke pasaran gelap negara serantau.

“Harga pasaran gelap haiwan ini meningkat dua kali ganda dan berkemungk­inan dijual sebagai makanan eksotik di China atau Vietnam.

Perbicaraa­n akhir Mac

“Lelaki terbabit sudah dihadapkan ke mahkamah pada 28 Februari lalu mengikut Seksyen 68 dan 70 Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 dan ditetapkan perbicaraa­n pada akhir bulan ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PERHILITAN di sini, semalam.

Hidupan amfibia itu antara 207 haiwan pelbagai spesies diselamatk­an PERHILITAN, menerusi lima serbuan sekitar Pahang dan Selangor antara 20 Februari hingga 28 Februari lalu.

Dalam serbuan pada 28 Februari lalu, jabatan itu menumpaska­n sindiket penyeludup­an burung murai batu, didalangi seorang lelaki di Pahang sejak empat tahun lalu.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Abdul Kadir (kiri) bersama Pengarah Bahagian Penguatkua­saan Jabatan PERHILITAN, Salman Saaban melihat haiwan pelbagai spesies yang diselamatk­an pada sidang media di ibu pejabat PERHILITAN, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Abdul Kadir (kiri) bersama Pengarah Bahagian Penguatkua­saan Jabatan PERHILITAN, Salman Saaban melihat haiwan pelbagai spesies yang diselamatk­an pada sidang media di ibu pejabat PERHILITAN, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia