Berita Harian

NSTP mahu terajui media cetak segmen perunding hartanah

Pameran Myrumah antara usaha syarikat capaisasar­an

- Oleh Nurhayati Abllah, Alzahrin Alias dan Hazwan Faisal Mohamad bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) berhasrat menjadi peneraju dalam media cetak bagi segmen perunding hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, berkata hasrat itu diyakini dapat direalisas­ikan dengan salah satu caranya ialah menerusi penganjura­n pameran Hartanah Myrumah NSTP yang kali kedua, tahun ini.

Katanya, NSTP mahu mengembang­kan industri perunding hartanah di mana syarikat itu menjadi platform dalam media cetak yang menjadi rujukan pembeli atau pelabur hartanah.

“Kami mahu orang ramai datang dan mendapatka­n nasihat berkaitan perundinga­n hartanah termasuk pelaburan, nasihat undang-undang, pembelian dan penjualan hartanah, lelongan, pembeli rumah pertama dan bagaimana cara mengurangk­an pembiayaan bank lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran siri pertama pameran Hartanah Myrumah NSTP 2017, di Balai Berita di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar.

11 pempamer

Pameran selama tiga hari bermula semalam itu disertai 11 pempamer terdiri daripada LBS Bina Group Bhd; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Andaman Group; Worldwide Holding, Glomac Bhd dan UM Land Bhd.

Yang turut serta Bank Muamalat Malaysia Bhd; Grabcar; Cuckoo Internatio­nal (Malaysia) Sdn Bhd (Cuckoo) dan Lepro System.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Jalil berkata, pihaknya mempunyai sasaran untuk mengadakan pameran hartanah itu di setiap negeri pada masa akan datang.

Namun, katanya banyak faktor perlu diambil kira seperti pencarian rakan kerjasama, permintaan daripada pemaju sebelum sasaran itu dapat direalisas­ikan.

“Kami mempunyai rancangan untuk menganjurk­annya di lokasi lebih besar di setiap zon di Malaysia seperti di zon tengah, utara, selatan dan timur,” katanya.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Ismail (dua dari kanan) bersama Abdul Jalil (dua dari kiri) melancarka­n Pameran Hartanah Myrumah NSTP 2017 di Balai Berita, Bangsar. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Andaman, Datuk Seri Dr Vincent Tiew (kanan) dan Pengasas Bersama Lepro...
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Ismail (dua dari kanan) bersama Abdul Jalil (dua dari kiri) melancarka­n Pameran Hartanah Myrumah NSTP 2017 di Balai Berita, Bangsar. Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Andaman, Datuk Seri Dr Vincent Tiew (kanan) dan Pengasas Bersama Lepro...
 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Orang ramai yang mendengar forum Menyewa Untuk Memiliki Rumah Impian Anda Secara Digital pada pameran Hartanah Myrumah NSTP.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Orang ramai yang mendengar forum Menyewa Untuk Memiliki Rumah Impian Anda Secara Digital pada pameran Hartanah Myrumah NSTP.
 ??  ?? Orang ramai melihat model kediaman yang ditawarkan pada pameran Hartanah Myrumah NSTP.
Orang ramai melihat model kediaman yang ditawarkan pada pameran Hartanah Myrumah NSTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia