Berita Harian

Kementeria­n sasar bina 3,000 RBN tahun ini

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarka­n untuk membina 3,000 Rumah Bina Negara (RBN) di seluruh negara, tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembinaan rumah itu dipertangg­ungjawabka­n kepada RISDA dengan permohonan awal dan layak akan diberi kelulusan.

“Pembinaan RBN ini memberi peluang kepada belia luar bandar yang tidak mempunyai rumah terutama yang sudah berkahwin memiliki rumah sendiri.

“Bagaimanap­un, pembinaan rumah itu perlu dibuat di tanah milik sendiri atau keluarga. Mereka yang layak hanya perlu membeli rumah ini pada harga RM45,000 dengan harga adalah sama di seluruh negara.

Pembinaan RBN RISDA berbeza

“Pembinaan RBN oleh RISDA ini berbeza dengan konsep RBN yang dibina oleh FELCRA yang dibuat secara berkelompo­k,” katanya selepas merasmikan Majlis Perkhidmat­an Cemerlang KKLW 2016 di sini, semalam.

Sempena majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaik­an anugerah kepada 234 kakitangan RISDA, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, RISDA dan FELCRA masing-masing menerima peruntukan RM100 juta bagi membina RBN di seluruh negara untuk meringanka­n beban golongan berpendapa­tan rendah seperti diumumkan dalam Bajet 2017.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Ismail Sabri (kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah pada Majlis Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Ismail Sabri (kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah pada Majlis Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia