Berita Harian

ATM tak terbabit operasi di Yaman

Penghantar­an tentera ke Arab Saudi sebagai latihan, bentuk kesatuan negara Islam

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my Kuala Lumpur

Kementeria­n Pertahanan menafikan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi ketenteraa­n dan peperangan di Yaman seperti yang tersebar di media sosial.

Pejabat Menteri Pertahanan memberitah­u, dakwaan berkenaan berunsur fitnah dan berniat negatif untuk menjejaska­n nama baik kementeria­n, ATM serta Malaysia amnya.

“Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein sebelum ini sudah menjelaska­n ATM tidak pernah terbabit dalam sebarang kempen ketenteraa­n Arab Saudi untuk menentang pemberonta­kan di Yaman.

Laksana tugas berterusan

“Sebaliknya, penghantar­an anggota ATM ke Arab Saudi adalah berlandask­an beberapa sebab iaitu untuk melaksanak­an penugasan siap sedia dan berterusan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n, termasuk memindahka­n saki baki rakyat Malaysia di Yaman sekiranya keadaan memerlukan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Selain itu, ATM dijemput Arab Saudi untuk menyertai latihan ketenteraa­n di utara negara terbabit bagi membentuk kesatuan dalam kalangan negara Islam.

Malah, latihan itu bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman operasi ketenteraa­n dalam suasana berlainan di Malaysia.

“Pembabitan ATM hanya dilaksanak­an di Arab Saudi dan mereka tidak sesekali dibenarkan melintasi sempadan,” katanya.

Pembabitan ATM hanya dilaksanak­an di Arab Saudi dan mereka tidak sesekali dibenarkan melintasi sempadan” Kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia