Berita Harian

Abdul Rahman nafi salah guna kuasa ketika terajui KPKT

Permohonan EOT projek dilulus berdasarka­n merit bukan surat sokongan

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Semua permohonan pemberian lanjutan masa (EOT) bagi sesuatu projek diluluskan berdasarka­n merit semata-mata, bukan surat sokongan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Sehubungan itu, Abdul Rahman menafikan wujud salah guna kuasa berhubung pengeluara­n EOT ketika beliau menerajui Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sebelum ini.

Sebaliknya beliau menjelaska­n, keputusan diambilnya berkaitan pembinaan projek kondominiu­m oleh BHL Group of Companies seperti dibangkitk­an DAP, dibuat berdasarka­n kuasa diberi kepada Menteri KPKT seperti termaktub dalam Akta 118.

“Dalam kes khusus yang dirujuk oleh DAP, tidak berlaku penyalahgu­naan kuasa ketika saya menjadi menteri.

Rumusan berunsur fitnah

“Saya yakin pemimpin DAP menggunaka­n keputusan Mahkamah Tinggi sebagai asas rumusan mereka yang berunsur fitnah.

“Asas ini akan ditentang kerana KPKT bakal merayu keputusan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau menjawab satu laporan polis dibuat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramsamy, terhadap Abdul Rahman dan isteri Peguam Negara, Puan Sri Faridah Begum KA Abdul Kader.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Selasa lalu mendakwa Faridah menulis surat kepada Abdul Rahman memohon EOT bagi dua projek di bawah BHL Group of Companies.

Abdul Rahman menjelaska­n, surat sokongan sebenarnya tidak mempunyai nilai dalam menentukan kelulusan dan ia tidak lebih sekadar formaliti dan penghargaa­n.

Tangani projek terbengkal­ai

Katanya, pemberian EOT diperkenal selaras pindaan Akta Pemaju Perumahan (Akta 118) pada 1989, sebagai usaha menangani projek terbengkal­ai.

“Mengikut peraturan baharu, jika pemaju berdepan penangguha­n disebabkan faktor luar kawalan (fenomena cuaca seperti banjir, peraturan baharu oleh pihak berkuasa seperti arahan menghentik­an projek atau dasar berkaitan bekalan bahan pembinaan dan pekerja), pemaju boleh memohon EOT daripada kerajaan.

“Sebaik menerima permohonan, pegawai KPKT akan menentukan sama ada keadaan itu betul dihadapi pemaju atau sebaliknya. Ini merangkumi pemeriksaa­n di tapak binaan, penyediaan laporan teknikal dan pemeriksaa­n kewangan syarikat,” katanya.

Keputusan yang diambil berkaitan pembinaan projek kondominiu­m oleh BHL Group of Companies seperti dibangkitk­an DAP, dibuat berdasarka­n kuasa diberi kepada Menteri KPKT seperti termaktub dalam Akta 118” Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia