Berita Harian

50 ahli PAS berhimpun desak henti campur tangan

-

Kepala Batas: Bantahan terhadap isu campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam urusan hal ehwal umat Islam di negeri itu, terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang mendesak supaya ia dihentikan segera.

Semalam, seramai 50 ahli PAS kawasan Kepala Batas mengadakan demonstras­i aman membantah campur tangan berkenaan, termasuk mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan bapanya, Lim Kit Siang, berhenti daripada terus menguji kesabaran umat Islam.

Jurucakap kumpulan itu, Azmi Man, berkata himpunan berkenaan juga diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang memutuskan hubungan dengan DAP bagi mempertaha­nkan pelaksanaa­n Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

“Kami memberi amaran kepada Guan Eng dan Kit Siang supaya jangan melampaui batas dengan mencampuri urusan membabitka­n hal ehwal Islam. Sebagai contoh, dalam isu fatwa ia sepatutnya dibincangk­an oleh umat Islam sahaja dan mengapa perlu dirujuk kepada DAP.

Bermain api perkauman

“Islam di Pulau Pinang ada ketuanya iaitu Yang di-pertuan Agong. Jadi jangan cuba bermain api perkauman serta mencemari hak kebebasan beragama di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Jamiul Badawi.

Sebelum ini, PAS Pulau Pinang bertindak membuat laporan polis bagi menuntut kerajaan negeri berhenti mencampuri urusan Jawatankua­sa Fatwa, termasuk membenarka­n empat fatwa yang dikatakan tertangguh diwartakan segera.

Pada 8 Februari lalu, Ahli Jawatankua­sa Fatwa negeri, Datuk Md Salleh Ahmad, turut mengesahka­n terdapat campur tangan kerajaan negeri dalam urusan pewartaan fatwa antaranya membabitka­n larangan umat Islam menyertai pertanding­an ratu cantik.

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ?? Azmi (depan) mengetuai demonstras­i aman membantah campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas, semalam.
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] Azmi (depan) mengetuai demonstras­i aman membantah campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia