Berita Harian

Sistem DN kurangkan kos operasi

Pelaksanaa­n secara berperingk­at di 17 terminal bahan api

- Oleh Nur Izzati Mohamad

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkena­lkan sistem Nota Penghantar­an Digital (DN) yang akan dilaksanak­an secara berperingk­at di 17 terminal bahan api milik syarikat itu di seluruh negara, mulai tahun ini.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Ibrahimnud­din Mohd Yunus, berkata sistem itu diperkenal­kan bertujuan mengubah penggunaan kaedah manual dalam operasi syarikat kepada digital, sekali gus mengurangk­an kos operasi.

Katanya, inovasi terbaharu yang dilaksanak­an itu penting bagi memastikan syarikat kekal berdaya saing dalam persekitar­an pasaran yang mencabar berikutan ketidakten­tuan harga minyak dunia.

“PDB menjalanka­n beberapa inisiatif yang bertujuan untuk meningkatk­an kecekapan operasi dan mengurangk­an kos dengan bertukar kepada sistem digital.

Secara atas talian

“Inisiatif ini selari dengan usaha kumpulan PETRONAS untuk menggalakk­an budaya penjanaan pendapatan serta penjimatan kos menerusi jalinan kerjasama dengan pelanggan dan pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sistem DN berkenaan di Terminal Bahan Api dan Loji Pengisian LPG Prai, di Butterwort­h, semalam.

Ibrahimnud­din berkata, sistem terbaharu itu mampu meningkatk­an kecekapan operasi yang mana proses pengeluara­n bahan, pembayaran balik dan pengurusan dapat dilakukan secara atas talian melalui pangkalan data yang boleh dicapai di mana jua dan pada bila-bila masa oleh pelanggann­ya.

“Apa yang lebih penting, kaedah ini diyakini selamat, mudah dan pelanggan serta syarikat juga dapat mengurangk­an ruang bagi menyimpan dokumen melalui penggunaan sistem DN.

Manfaat kepada pelanggan

“Selain itu, ia memberi manfaat kepada pelanggan apabila mereka boleh merujuk, menyemak, memuat turun, menjejak, memantau status dan membuat penerimaan bahan api dengan hanya mengikuti beberapa langkah mudah secara dalam talian, sekali gus menjimatka­n masa mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Pembekalan dan Pengedaran PDB, Mohd Shobri A Bakar berkata, kesemua 17 terminal bahan api syarikat itu dijangka menggunaka­n sepenuhnya sistem DN sebelum akhir tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia