Berita Harian

FGV komited amalan kelestaria­n biodiversi­ti

-

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meningkatk­an komitmenny­a terhadap amalan pengurusan pertanian terbaik bagi kelestaria­n biodiversi­ti dengan membangunk­an Loji Penyahaira­n Bio dan Loji Tapisan Bio melalui anak syarikatny­a, Pontian United Plantation (PUP).

Menerusi loji penyahaira­n itu, kilang minyak sawit Pontian Fico yang dimiliki oleh PUP dapat menghapusk­an sisa pepejal daripada buangannya, sementara loji tapisan berkenaan mampu untuk meningkatk­an tapisan air kumbahan untuk mencapai had di bawah 20 ppm (bahagian per juta) bagi keperluan oksigen biologi (BOD).

Ia adalah keperluan mandatori oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kilang yang terletak di sekitar sungai Kinabatang­an.

Lindungi alam sekitar

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata kumpulan perladanga­n itu akan terus berusaha melindungi alam sekitar terutama di sekitar ladang dan asetnya melalui amalan pertanian dan pengurusan terbaik.

Katanya, pihak pengurusan menyedari kesan yang boleh menjejaska­n biodiversi­ti di sekitar PUP, terutama Sungai Kinabatang­an, yang mana adalah tempat perlindung­an hidupan liar dan juga terkenal dengan kekayaan flora dan faunanya.

“Kami berbangga untuk mengumumka­n bahawa loji kami telah mencapai BOD di bawah had 20 ppm yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

“Air yang ditapis dari loji ini kemudianny­a akan disalurkan melalui sistem pengairan ke ladang,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia