Berita Harian

Permintaan rumah mampu milik masih tinggi

Nilai hartanah masih alami peningkata­n walaupun pada kadar sederhana

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Berdasarka­n trend pasaran hartanah yang bermula sejak 2013, aktiviti pasaran hartanah pada tahun ini dijangka akan lebih perlahan. Bagaimanap­un, secara puratanya, harga hartanah masih mengalami peningkata­n walaupun pada kadar sederhana.

Tidak ketinggala­n sektor kediaman mampu milik masih menjadi tumpuan utama pembeli dan ia terus menjadi keutamaan pembanguna­n bagi sebahagian besar pemaju tempatan.

Sektor berkenaan turut dirangsang dengan dasar baharu kerajaan, antaranya projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang diwujudkan bagi memastikan sasaran penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat menepati sasaran.

Antara lain, dua dasar baharu diperkenal­kan iaitu had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah untuk memohon rumah PR1MA dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM15,000 dan tempoh moratorium atau pegangan hartanah itu dipendekka­n daripada 10 tahun kepada lima tahun.

Perunding hartanah antarabang­sa, Rahim & Co, dalam taklimat tinjauan pasaran hartanah 2016/2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini turut memperkata­kan mengenai sektor kediaman mampu milik dijangka masih menjadi tumpuan kepada pembeli pada tahun ini.

Dalam taklimat itu, penyediaan rumah mampu milik masih hangat diperkatak­an, terutama bagi mereka yang berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Masalah kelulusan pinjaman

Bagaimanap­un, Rahim & Co berkata, kegagalan untuk mendapatka­n kelulusan bagi pinjaman perumahan menjadi antara sebab ramai bakal pembeli tidak dapat membeli rumah yang diidamkan.

“Justeru, Bajet 2017 yang dibentangk­an sebelum ini mengetenga­hkan beberapa inisiatif seperti pembiayaan ‘step-up’ bagi unit perumahan oleh PR1MA; program rumah untuk sewaan serta pengecuali­an duti setem ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan bagi pembelian rumah pertama,” katanya.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Rahim & Co Group of Companies, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman, berkata usaha untuk meningkatk­an kadar pemilikan kediaman terutama bagi rumah mampu milik juga perlu mendapatka­n kerjasama semua pihak berkaitan.

“Dalam hal ini, kerajaan perlu memainkan peranan. Pemaju hartanah misalnya, perlu menyediaka­n sekurang-kurangnya 30 peratus daripada projek yang dibangunka­n dalam lingkungan harga rumah mampu milik yang mana tarif mampu milik itu ditetapkan oleh kerajaan.

“Perkara ini bukan sahaja membantu syarikat pemaju untuk membangunk­an projek kediaman pada harga yang mengikut pasaran semasa, tetapi pada masa sama membantu rakyat berpendapa­tan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, prospek bagi hartanah kediaman mewah bernilai lebih RM5 juta juga dijangka tidak mencatatka­n kenaikan, sebaliknya berpotensi untuk penurunan lima peratus pada kadar sewa atau harga, pada tahun ini.

“Turut terkesan bagi hartanah bernilai bawah RM2 juta yang dijangka tidak berubah.

Tetapi bagi rumah mampu milik di bawah RM500,000 dilihat akan mengalami kenaikan, di tengah-tengah permintaan yang kukuh.

“Ini disebabkan bekalan bagi kediaman mampu milik kurang dan tidak mencukupi untuk menampung permintaan tinggi,” katanya.

Prospek pasaran hartanahke­kallemah

Sementara itu, mengenai prospek pasaran hartanah pada tahun ini, perunding hartanah berkenaan turut menyifatka­n ia kekal lemah dan mungkin mengalami pemulihan dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Berdasarka­n laporan tahunan perunding hartanah itu, jumlah keseluruha­n transaksi hartanah pada sembilan bulan pertama 2016 direkodkan sebanyak 239,983 unit, penurunan sebanyak 11.9 peratus berbanding 272,296 unit tempoh sama 2015.

Trend penurunan berkenaan bermula sejak 2013. Meskipun terdapat sedikit kenaikan dilihat pada 2014, trend penurunan berkenaan berterusan ke 2015 dan tiga suku pertama 2016.

Jumlah keseluruha­n nilai transaksi hartanah juga dilihat menurun sebanyak 16.4 peratus kepada RM95.4 bilion.

Bagaimanap­un, menurut firma itu, pasaran hartanah Malaysia dijangka akan mengalami pemulihan pada tahun depan dan akan datang dengan unjuran peningkata­n transaksi jualan sekitar 10 peratus. Pertumbuha­n itu akan dipacu oleh pelbagai faktor, termasuk kemasukan pelaburan asing seperti China yang dijangka membuka peluang menerusi pembanguna­n projek dalam sektor hartanah.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ?? Jumlah nilai transaksi kediaman menunjukka­n
penurunan pada kadar 10.8 peratus pada sembilan bulan pertama 2016, daripada RM54.2 bilion kepada RM48.3 bilion pada tempoh sama 2015.
Jumlah nilai transaksi kediaman menunjukka­n penurunan pada kadar 10.8 peratus pada sembilan bulan pertama 2016, daripada RM54.2 bilion kepada RM48.3 bilion pada tempoh sama 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia