Berita Harian

Cari lelaki beriman

-

B*POP: Bagaimana kehidupan selepas kembali solo?

MYA: Alhamdulil­lah, saya okay. Apa pun yang terjadi sebelum ini, saya ambil ia sebagai pengalaman yang mematangka­n hidup. Saya tidak fobia dengan kegagalan lalu, tidak juga murung atau tertekan kerana percaya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya juga lebih matang, malah hubungan dengan bekas suami masih baik. Kami tidak bermasam muka atau melarikan diri jika ditakdirka­n terserempa­k. Pada saya, apa yang berlaku biarkanlah berlalu. Kami mungkin tidak ditakdirka­n untuk kekal bersama sebagai suami isteri, tetapi kami masih tetap berkawan. Allah pinjamkan dirinya supaya saya belajar sesuatu yang baharu. Proses itu yang menjadikan saya lebih matang kerana mungkin dahulu, ada perkara yang perlu diberi perhatian tetapi tidak diambil berat.

Sukar menjalani hidup sendirian?

Saya tidak lagi menghubung­i bekas suami, tetapi hubungan dengan anak tiri masih baik. Saya cuba untuk tidak letakkan kesalahan pada bahu orang lain, sebaliknya memandang kelemahan itu kepada diri. Kita perlu mencintai diri terlebih dahulu jika mahu orang lain menghormat­i dan mencintai kita. Kita juga perlu pandai menjaga diri supaya orang lain tidak ambil kesempatan. Jika kita selekeh dan tidak ambil peduli diri, tiada siapa yang akan pandang. Sekarang saya perlu hargai dan menyayangi diri sebelum membenarka­n orang sekeliling mendekati.

Semakin jelita dan penampilan juga menarik, mungkin sudah ada insan baharu yang bertakhta dihatimya?

Tidak nafikan, ramai yang cuba mendekati sama ada lelaki muda atau berusia. Buat masa ini, saya belum bersedia menerima cinta sesiapa. Saya lebih selesa berkawan dulu. Bukan mudah untuk memiliki hati ini kerana berdasarka­n pengalaman lalu, saya perlu lebih berhatihat­i. Tambahan pula, apabila usia menjangkau 41 tahun, saya perlu mencari lelaki yang betulbetul matang.

Khabarnya Mya pernah menerimany­a?

Memang ada, terutama daripada lelaki berstatus duda tetapi saya belum bersedia. Saya juga pernah didekati golongan VIP, namun saya mengelak kerana kebanyakan mereka sudah berpunya. Naluri saya dapat merasakan jika hubungan yang terjalin tidak mungkin dibawa ke fasa seterusnya. Saya tidak faham mengapa ada yang terburubur­u melamar hanya selepas beberapa kali bertemu? Pada saya, lebih baik ambil masa untuk mengenali antara satu sama lain. Ada yang bercakap, lebih baik bercinta selepas bernikah, tetapi saya tidak boleh. Saya perlu ambil masa untuk mengenali hati budi dan latar belakang seseorang sebelum membawa hubungan kami ke fasa seterusnya.

Apa kriteria lelaki idaman Mya?

Saya menantikan lelaki yang memiliki kriteria seperti ayah yang matang, selain saling melengkapi dari segala sudut dan aspek kehidupan. Begitu juga dengan sikap bertanggun­gjawab. Dua perkara itu akan membawa isterinya ke arah lebih baik. Saya juga mementingk­an lelaki yang mempunyai asas agama kerana dia bakal menjadi pemimpin dan imam saya. Banyak kes perceraian berlaku kerana lelaki tidak mempunyai ilmu agama yang kukuh. Lelaki seperti itu akan melengkapk­an kehidupan pasangan suami isteri. Saya juga suka lelaki pandai memasak seperti ayah kerana bagi saya, jejaka seperti ini romantik dan seksi.

Mungkin Mya terlalu cerewet atau fobia hingga menjadi terlalu berhatihat­i mencari pengganti?

Emak pernah bertanya, sampai bila saya mahu hidup sendiri? Saya tidak letak sasaran tertentu untuk menamatkan zaman solo. Jika ditakdirka­n bertemu lelaki yang membuatkan saya sentiasa ketawa dan selamat di sisinya, saya akan terima. Saya tidak mahu menipu diri dengan mengatakan cinta dan kasih sayang lebih penting berbanding wang ringgit. Bagi saya, kestabilan dari sudut kewangan juga penting kerana itu jaminan masa depan.

Dari segi karier, bagaimana Mya melaluinya selepas terpalit dengan kontrovers­i program Gegar Vaganza (GV3)?

Saya pernah meluahkan rasa terkilan dengan sikap penganjur yang menolak penyertaan saya pada musim ketiga. Dua kali mencuba nasib, tetapi rezeki masih belum menyebelah­i diri. Kontrovers­i dan isu panas yang melanda memang memberi kesan, terutama dalam era media sosial. Alhamdulil­lah, saya masih menerima tawaran malah bersyukur kerana jadual nyanyian saya padat sehingga Mei depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia