Berita Harian

Senyuman Ary terus dirindui

Suami, anak reda pemergian insan tersayang yang bertarung nyawa hidap kanser sejak tahun lalu

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Srajamawar@bh.com.my

etiap yang bernyawa pasti merasai mati. Apabila ajal seseorang tiba, tidak akan terdahulu daripada yang ditetapkan dan tidak akan terkemudia­n biarpun sesaat. Hakikatnya, mati itu pasti.

Melihat keadaan arwah isterinya yang juga pengacara dan pelakon, Ary Malik,

46, tenat selepas tujuh hari tidak sedarkan diri, Shahrul Nizam Shaharuddi­n, 46, menerima kenyataan, bakal kehilangan insan paling disayangin­ya.

Akur bukan mudah menerima hakikat perpisahan abadi, namun Shahrul Nizam yang mesra disapa Shahrul Bromo yakin, aturan dan ketentuan Tuhan lebih baik buat arwah isterinya yang menderita kerana bertarung nyawa melawan kanser ovari tahap empat.

Lemah selepas kemoterapi

Selepas 11 hari dimasukkan di Hospital Ampang, Ary atau nama sebenarnya, Nurita Maliha Aryanee Malik Abdul Malik menghembus­kan nafas terakhir di sisi suami dan tiga anak perempuann­ya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi

Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11, Selasa lalu pada jam 7.17 malam.

Bekas pengacara program MTV Syok dan peserta program realiti Masterchef Malaysia pada 2012 itu dikesan menghidap kanser ovari selepas melakukan pembedahan membuang ketumbuhan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju pada Mei tahun lalu.

Pergi dengan tenang

Keadaan ibu kepada tiga cahaya mata itu semakin lemah selepas menjalani rawatan kemoterapi sejak enam bulan lalu.

Shahrul berkata, beliau dan anakanakny­a reda dengan pemergian arwah yang begitu tenang ketika menghembus­kan nafas terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia