Syazuwan mahu jadi pelakon serba boleh
Pernah bekerja dengan syarikat pengurusan artis dan berpengalaman mengendalikan kerjaya pelakon, Adi Putra, ia barangkali memberi sedikit kelebihan kepada Syazuwan untuk meloloskan diri dalam bidang lakonan. Semua itu bagi pemilik nama lengkap, Muhammad Syazuwan Hassan tidak pernah dianggap sebagai jalan pintas mencipta nama.
Dikurniakan wajah kacak dan ketinggian seperti peragawan, Syazuwan selesa bermula dari bawah. Lantaran itu, Syazuwan nekad bekerja keras terutama ketika industri sedang dikejutkan dengan kemunculan ramai bakat baharu yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
“Saya tidak boleh leka kerana tidak mahu cepat tenggelam. Saya perlu melipat gandakan usaha kerana nama masih belum kukuh. Ketika ini, saya menerima apa saja tawaran untuk mengasah bakat,” katanya.
Menceritakan detik awal, Syazuwan berkata, langkahnya bermula apabila pengarah, Sheila Rusly menawarkannya peluang untuk menghadiri sesi uji bakat. Percubaannya berhasil apabila ditawarkan berlakon drama,
“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi artis. Saya anggap ia rezeki. Ada ketikanya, saya rasa lucu kerana dulu saya bekerja dengan produksi artis tetapi kini saya bernaung di bawah pengurusan yang sama,” katanya.
Selain
bakat Syazwan turut diuji menerusi drama dan telemovie seperti serta sebagai watak pembantu.
Mahu watak versatil
Ketika segelintir penerbit masih ragu dengan kemampuan bakat baharu, Syazuwan pula beruntung apabila diberi kepercayaan menggalas watak utama menerusi drama Sein dan Luna siaran TV3 dan telefilem Luna Elvira.
Memandangkan fizikalnya yang tinggi lampai dan berkulit cerah, Syazuwan sering ditawarkan watak klise seperti anak orang kaya dan pemuda korporat. Syazuwan bagaimanapun, tidak mahu terlalu kerap membawa watak sama kerana ingin menjadi pelakon versatil.
Ketika ini, Syazuwan sibuk dengan penggambaran drama
Cik Serba Tahu bersama Remy Ishak dan Sari Yanti. Memegang watak sebagai lelaki psiko, Syazuwan berkata, watak itu mencabar kredibilitinya sebagai pelakon baharu kerana perlu beraksi lasak.
“Watak ini lari daripada kebiasaan karakter yang saya bawa. Tidak mudah kerana setiap kali selesai penggambaran, saya akan jadi terlalu penat kerana ia banyak mengerah tenaga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Syazuwan yang juga pemain gitar bass untuk kumpulan Rassa, ketika ini memperlahankan bidang muzik bagi memberi tumpuan kepada dunia lakonan. Pernah muncul dengan single Tanpamu, tahun lalu, mereka juga berusaha melengkapkan pembikinan album pertama yang masih tertangguh.