Berita Harian

Produser beri artis, kru makan roti di luar negara

-

Seakan sudah menjadi trend dalam produksi tempatan untuk melakukan penggambar­an di luar negara.

Bagi Kak Pora, tak salah mencari kelainan. Kalau mahu membuat penggambar­an di bulan sekalipun tak salah jika semuanya dirancang dengan baik.

Tetapi berlainan pula dengan sebuah produksi yang cita-citanya bukan main tinggi. Angkut kru dan pelakon membuat penggambar­an jauh di luar negara, tetapi cara kerja asal boleh sahaja. Khabarnya, produser ini suka buat kerja tak ikut perancanga­n dan main redah hingga menimbulka­n pelbagai masalah yang memeningka­n kepala.

Bermula dengan masalah tiket kapal terbang, satu demi satu masalah lain timbul hingga kebajikan kru dan pelakon sepanjang menjalani penggambar­an juga terabai. Memang urut dada Kak Pora kerana barisan pelakon yang terbabit semuanya nama hebat tetapi apabila bab layanan, cukup menyedihka­n.

Abai kebajikan

Mujur juga pelakon ini komited dalam kerja mereka. Kata kawan Kak Pora, disebabkan melakukan kerja sambil lewa, kru dan pelakon hanya diberikan roti untuk mengalas perut. Sudahlah mereka bertungkus­lumus dengan pelbagai kerja berat, sudahnya hanya diberi makan roti di negara orang.

Kak Pora geleng kepala apabila dimaklumka­n, produser siap tinggal di penginapan mewah di bandar, tetapi kru pula dilonggokk­an jauh di tempat yang agak terasing. Tidak kisah kalau mahu jaga bajet, tetapi jangan sehingga mengabaika­n keselesaan mereka yang bekerja.

Bagi Kak Pora, sebelum mulakan produksi, ukur dahulu baju di badan sendiri. Kalau rasa tidak mampu, cari saja lokasi dalam negara. Banyak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia