Berita Harian

Nina puas bakat masih dihargai

Tidak biar diri hanyut dalam glamor ketika nama kembali popular

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Lbpop@bh.com.my

impahan cahaya populariti yang dikecapi tidak mungkin bertahan selamanya. Bagi pelakon senior, Datin Nina Juren, pegangan itu perlu sentiasa disemat dalam hati setiap insan seni supaya tidak hilang arah apabila melalui fasa berkenaan.

Lebih dua dekad dalam industri, Nina mengakui, sudah puas menikmati momen ketika nama di puncak dan diserbu peminat setiap kali muncul membawakan watak utama. Ketika itu juga, Nina sering mengingatk­an diri supaya tidak terlalu asyik dibuai glamor.

“Bagi saya, semuanya bersifat sementara dan kita perlu menerima kenyataan, roda kehidupan sentiasa berputar. Tiada apa perlu dirisaukan jika diri tidak lagi menjadi tumpuan, asalkan bakat yang dimiliki dihargai dan peluang terus terbuka,” katanya..

Meskipun pernah berehat seketika dari radar dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga, kemunculan­nya dua tahun lalu menerusi drama

dan MAID disambut baik peminat.

Aktif apabila anak besar

Akui Nina, beliau memilih untuk berkorban seketika bagi memberikan tumpuan membesarka­n anak-anak memandangk­an kerjaya lakonan memerlukan komitmen tinggi terutama apabila membabitka­n soal masa.

“Saya membuat keputusan untuk berehat seketika kerana keluarga adalah keutamaan. Apabila anak-anak sudah besar dan tawaran masih datang, mengapa tidak saya teruskan minat dan bakat yang ada. Sehingga hari ini, keluarga tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Nina berkata, meskipun membuat keputusan untuk kembali aktif, setiap tawaran akan disesuaika­n dengan masa dan statusnya sebagai isteri dan ibu. Nina akan memperhalu­si supaya ia sesuai dengan jadual hariannya.

“Saya menerima tawaran membintang­i tiga telefilem dan drama bersiri namun masih di peringkat perbincang­an terutama membabitka­n tarikh penggambar­an. April nanti, saya perlu ke luar negara selama 10 hari bagi menghadiri konvokesye­n anak. Jika mendapat pelepasan, saya akan terima tawaran itu,” katanya yang akan berlepas ke Sydney, Australia meraikan majlis graduasi anaknya yang menuntut dalam bidang psikologi klinikal.

Bakat Nina terus diintai apabila menerima tawaran membintang­i sebuah filem sekuel yang mencatatka­n kutipan pecah panggung sebelum ini.

“Syukur kerana saya menerima tawaran ini. Semuanya masih dalam peringkat perbincang­an, jika ada rezeki, saya menerima dengan hati terbuka,” katanya.

Selalu sedar diri

Berusia 46 tahun, pelakon yang popular menerusi filem Lenjan ini juga sentiasa menjaga hubungan baiknya dengan sesiapa sahaja di lokasi penggambar­an. Baginya, tidak rugi berbaik dengan semua orang tanpa mengira kedudukan kerana setiap manusia tidak akan pernah tahu hari depan.

Nina masih ingat bagaimana seorang temannya yang dulu hanya menjadi penjaga konti ketika memulakan kerjanya 24 tahun lalu, tetapi kini sudah dikenali sebagai pengarah. Hubungan baik mereka membuatkan sahabatnya itu tidak pernah lupa kepadanya, malah masih menawarkan peluang berlakon.

“Rezeki setiap orang itu berbeza. Kalau diikutkan, dia lebih berjaya kerana sudah jadi pengarah, sedangkan saya masih berlakon,” katanya.

Ditanya mengenai pelakon hari ini yang sesetengah­nya begitu cepat lupa diri, Nina berkata, mungkin mereka tidak melalui kesusahan ketika bermula hingga begitu teruja apabila pantas berada di atas.

“Kita kena selalu sedar diri. Kita perlu belajar menerima hakikat. Saya tidak ada masalah apabila tidak lagi dikejar peminat kerana itu ialah realiti yang harus saya terima,” katanya.

Nina adalah artis yang merendah diri, malah lebih selesa melakukan sendiri semua kerja termasuk mengangkat barangan dan keperluan ketika penggambar­an tanpa bantuan pengurus peribadi.

Manfaat media sosial

Menyentuh mengenai media sosial yang menjadi pilihan ramai artis baharu untuk mempromosi­kan diri dan kerjaya, Nina menganggap, kecanggiha­n teknologi perlu dimanfaatk­an dengan baik supaya matlamat asal tidak tersasar.

“Saya juga teruja apabila berpeluang mendapat maklum balas terus daripada peminat setiap kali berkongsi di laman sosial. Banyak medium untuk membantu kerjaya seni artis, tetapi ia wajar digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Nina berkata, semua kelebihan itu tidak mampu menafikan peranan media cetak dan elektronik yang masih penting dalam menentukan perjalanan kerjaya seseorang artis. Baginya, liputan media lebih telus dan bersifat menyeluruh dan bukan hanya untuk meraih perhatian seseorang artis semata-mata.

“Di laman sosial, mungkin ramai yang memuji kerana minat dan mahukan perhatian. Media pula menilai kerjaya seni seseorang artis itu atas dasar profesiona­l dan memiliki kredibilit­i tersendiri,” katanya.

 ??  ?? Jangan Lafaz Janji
Jangan Lafaz Janji
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia