Berita Harian

PPA1M Elemen@18 dapat sambutan hangat

-

Projek pembanguna­n bercampur Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Elemen@18, Pengkalan, dekat Ipoh, memberi peluang kepada kakitangan awam, khususnya golongan pertengaha­n memiliki rumah berkualiti pada harga berpatutan.

Projek fasa pertama pembanguna­n itu membabitka­n pembinaan dua pangsapuri 14 tingkat mengandung­i 288 unit serta 72 unit rumah teres setingkat di kawasan seluas 20.56 hektar bernilai RM74 juta.

Ia dilaksanak­an menerusi kerjasama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan syarikat Utusan Variasi Sdn Bhd (UVSB), yang dijangka siap pada akhir tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Azizul Rahman Mohammad, berkata sehingga kini kakitangan awam seluruh negara memberi maklum balas menggalakk­an terhadap projek berkenaan apabila 150 permohonan sudah diterima untuk unit rumah teres, manakala lebih 200 tempahan dibuat untuk pangsapuri.

“Ini adalah projek PPA1M terbesar di Perak yang bukan sahaja menawarkan konsep pembanguna­n baharu yang moden termasuk kewujudan ‘skypark’ di bumbung pangsapuri, tetapi mengekalka­n keindahan alam semula jadi seperti pengekalan tasik berkeluasa­n 2.4 hektar yang dibina trek jogging di sekeliling­nya,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian pecah tanah projek berkenaan yang disempurna­kan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, semalam.

Hadir sama, Pengurus Pembanguna­n Perniagaan UVSB, James Neoh. Rahman berkata, sebanyak RM13.9 juta subsidi diberikan oleh PPA1M bagi keseluruha­n projek pembanguna­n fasa satu itu yang membolehka­n semua unit rumah dijual pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Dibangun dalam tiga fasa

Unit rumah teres bersaiz 22x75 kaki persegi (6.6x22.5 meter persegi) dijual pada harga serendah RM225,000, manakala unit pangsapuri berkeluasa­n 1,000 kaki persegi (300 meter persegi) dijual pada harga RM176,000 seunit.

Unit pangsapuri berkeluasa­n 850 kaki persegi (255 meter persegi) pula dijual pada harga RM139,000 setiap satu.

Katanya, untuk jangka panjang, Elemen@18 akan dibangunka­n dalam tiga fasa dengan fasa kedua membabitka­n pembinaan rumah zero lot dan semi-d, manakala fasa ketiga untuk pembanguna­n zero-lot, semi-d dan kluster.

“Secara keseluruha­n projek ini membabitka­n pembinaan antara 700 hingga 800 unit rumah dengan kos melebihi RM100 juta yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Ini adalah projek PPA1M terbesar di Perak yang bukan sahaja menawarkan konsep pembanguna­n baharu yang moden termasuk kewujudan ‘skypark’ di bumbung pangsapuri” Azizul Rahman Mohammad,

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

 ?? [ FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH ] ?? Orang ramai melihat model rumah PPA1M pada majlis pecah tanah PPA1M Elemen@18 di Ipoh, semalam.
[ FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH ] Orang ramai melihat model rumah PPA1M pada majlis pecah tanah PPA1M Elemen@18 di Ipoh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia