Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat semalam, menutup sedikit kerugian pada sesi terdahulu susulan kelemahan dolar menggalakk­an pembelian tetapi pelabur tetap berhatihat­i selepas angka pengeluara­n Russia menunjukka­n kelemahan.

Minyak penanda aras, Brent menokok 19 sen kepada AS$55.27 satu tong, menutupi kerugian pada Khamis yang berjumlah lebih daripada dua peratus.

Niaga hadapan WTI didagangka­n pada AS$52.69 satu tong, naik lapan sen daripada penutup terdahulu.

“Pasaran juga bergerak dalam julat yang besar, jadi tidak ada yang mengejutka­n dengan pembelian baru selepas jualan besarbesar­an dan sudah tentu sedikit kelemahan dolar juga membantu pemulihan minyak,” kata Penganalis­is Kanan di PVM Oil Associates, Tamas Varga.

Dolar merosot daripada paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu pada Jumaat menjelang ucaptama oleh Ketua Rizab Persekutua­n, Janet Yellen.

Nilai dolar yang merosot menjadikan­nya lebih menarik untuk pembelian komoditi yang menggunaka­n mata wang itu seperti niaga hadapan minyak mentah.

Bagaimanap­un, peningkata­n minyak mentah dikekang selepas kebimbanga­n mengenai kepatuhan negara bukan ahli OPEC dengan perjanjian global untuk mengurangk­an lebihan bekalan.

Hasil minyak Rusia pada Februari tidak berubah dari Januari iaitu sebanyak 11.11 juta tong sehari.

Ia mengurangk­an pengeluara­n lebih 100,000 tong sehari sejak Oktober lalu sebagaiman­a yang dijanjikan oleh Moscow dalam perjanjian­nya dengan OPEC.

Data rasmi AS juga menunjukka­n inventori minyak mentah di negara pengguna terbesar dunia itu meningkat untuk tempoh lapan minggu berturuttu­rut iaitu 520.2 juta tong pada minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia