Berita Harian

Keyakinan peniaga kukuhkan dolar

-

ekuiti Asia susut semalam meskipun pasaran meluas global mencatat kenaikan.

Bagaimanap­un, dolar mengukuh berbanding kebanyakan mata wang lain selepas peningkata­n keyakinan peniaga bahawa Rizab Persekutua­n AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah bulan ini.

Pelabur terbabit dalam aktiviti pengambila­n untung pada Khamis selepas kenaikan sehari sebelumnya disokong ucapan Donald Trump di Kongres yang mana beliau menjanjika­n pelan perbelanja­an infrastruk­tur besar-besaran dan pemotongan cukai.

Namun, dengan Ketua Fed, Janet Yellen dijangka berucap semalam, dolar AS melonjak semula selepas pakar berkata bank berasa ganjil dengan dasar monetari ketat dalam berdepan dengan ekonomi AS yang sedang pulih.

Komen daripada tiga pegawai atasan Fed termasuk nada berhatihat­i membuktika­n jangkaan itu.

“Jangkaan kenaikan kadar faedah tinggi dan pasaran terus menetapkan harga semula pada Mac. Kebarangka­lian kenaikan kadar mendorong pemimpin Fed dengan kenyataan berhati-hati Lael Brainard yang tampil dengan komen lebih menyerlah dan tepat pada masanya,” kata peniaga kanan OANDS, Stephen Innes dalam satu nota.

“Dengan komen Brainard yang lebih agresif, beliau menetapkan skala yang memihak kepada kenaikan kadar selepas pasaran kini melihat Mac adalah tempoh yang muktamad,” katanya.

Dolar, yang meningkat mendadak selepas pelabur cuba untuk menilai rancangan Trump dan mesej Fed melepasi 114 yen buat kali pertama di Asia pada Khamis dan terus menekan sepanjang hari.

Di Tokyo, dolar susut berbanding yen, namun lebih tinggi daripada paras 112 yen yang dicapai awal minggu ini, sementara ia kekal dengan kenaikan baru-baru ini berbanding euro dan pound.

Bagaimanap­un, ia meningkat berbanding mata wang pasaran baharu muncul dan hasil yang lebih tinggi.

Ia melonjak lebih daripada satu peratus berbanding won Korea Selatan, 0.2 peratus mengukuh berbanding rupiah Indonesia dan 0.8 peratus berbanding dolar Australia. Dolar Singapura dan New Zealand juga teramat rendah berbanding mata wang AS itu.

 ?? [ FOTO AP] ?? Dolar susut berbanding yen namun lebih tinggi daripada paras 112 yen yang dicapai awal minggu ini.
[ FOTO AP] Dolar susut berbanding yen namun lebih tinggi daripada paras 112 yen yang dicapai awal minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia