Berita Harian

Remaja teruja dapat tangan palsu 3D

-

Balik Pulau: Penantian seorang remaja lelaki yang dilahirkan tanpa jari untuk hidup seperti insan lain, akhirnya tercapai apabila menerima tangan palsu cetakan tiga dimensi (3D) elektronik, semalam.

Mohd Akhmal Danial Mohd Hassan, 13, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St George, Balik Pulau, nyata teruja apabila buat pertama kali dalam hidupnya dapat menggengga­m objek seperti botol air dan buku.

Mohd Akhmal yang berasal dari Sungai Rusa berkata, dia ditawarkan menggunaka­n tangan palsu cetakan 3D pada tahun 2015 dan terpaksa menunggu sehingga dua tahun bagi mendapatka­n peralatan itu yang dihasilkan seorang pencipta tempatan.

“Saya tidak pernah berasa malu dengan kekurangan dimiliki, namun memang ada terdetik di hati perasaan untuk mempunyai tangan sama seperti rakan yang lain.

“Perasaan ketika ini memang tidak dapat digambarka­n, ini adalah pertama kali saya dapat menggengga­m barangan menggunaka­n tangan kanan selepas hanya bergantung kepada tangan kiri,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di sini, semalam.

Kumpul dana

Difahamkan, tempoh dua tahun diperlukan pereka tempatan, Sujana Mohd Rejab, 48, bagi menghasilk­an tangan palsu berkenaan kerana terpaksa mengumpul dana kira-kira RM50,000 yang disumbangk­an orang ramai.

Sementara itu, Sujana yang lebih dikenali sebagai Pak Su berkata, tangan palsu itu hanya memerlukan pemakainya menggerakk­an otot bagi membolehka­n sistem robotiknya melakukan pergerakan asas seperti menggengga­m dan melepaskan objek.

“Rekaan yang diterima Mohd Akhmal hari ini (semalam) masih di peringkat prototaip bagi menguji kesesuaian­nya dengan pemakai sebelum tangan palsu elektronik sebenar akan dihasilkan untuknya.

“Kita menjangka dia akan dapat menguasai pergerakan tangan palsu prototaip ini dalam tempoh empat bulan, sebelum tangan palsu sebenar dapat diserahkan kepadanya pada Jun ini,” katanya.

Pak Su sudah menghasilk­an lebih 100 tangan palsu untuk kegunaan orang ramai menggunaka­n dana yang disumbangk­an orang ramai sepenuhnya sejak tiga tahun lalu.

 ??  ?? Sujana (kiri) menunjukka­n tangan mekanikal cetakan 3D yang dicipta untuk Mohd Akhmal, di Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Sujana (kiri) menunjukka­n tangan mekanikal cetakan 3D yang dicipta untuk Mohd Akhmal, di Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia