Berita Harian

Segamat, Rompin dilanda banjir

Seramai 256 penduduk dari dua kawasan dipindah, APM bersiap sedia bantu mangsa

- Oleh Kandau Sidi, Badrul Kamal Zakaria dan Shahrinnah­ar Latib

Kawasan di Johor dan Pahang yang dilanda banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari, menyaksika­n ada penduduk yang mula ditempatka­n di pusat pemindahan kelmarin, sementara di Sarawak penduduk Marudi yang menjadi mangsa banjir mula menerima bekalan makanan.

Di Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam

Segamat, Johor,

Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata seramai 56 mangsa daripada 11 keluarga di daerah ini dipindahka­n ke empat pusat pemindahan.

Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Melayu Raya, Kampung Pogoh Tengah, Kampung Jabi dan Kampung Seberang Batu Badak.

Paras air meningkat

“Semua mangsa ditempatka­n di empat pusat pemindahan yang mula beroperasi sejak jam 10 malam kelmarin. Hujan juga menyebabka­n paras air Sungai Segamat dan Buloh Kasap meningkat.

“Seramai 15 mangsa daripada lima keluarga ditempatka­n di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Melayu Raya, manakala 15 mangsa daripada sebuah keluarga ditempatka­n di Sekolah Agama Mukim Jabi.

“Selain itu, seramai 14 mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Pogoh Tengah dan 12 mangsa lagi berlindung di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat,” katanya.

Ayub berkata, proses dan operasi pemindahan dilaksanak­an Pejabat Daerah Segamat dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di seramai 200 orang daripada 59 keluarga ditempatka­n di dua pusat pemindahan sementara.

Pengarah APM Pahang, Zainal Yusof, berkata seramai 150 mangsa daripada 43 keluarga berada di Dewan Orang Ramai Kampung Setajam.

“Pusat pemindahan di Dewan Datuk Hassan, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pianggu pula menempatka­n seramai 50 daripada 16 keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, keadaan banjir di Kampung Kasing dan Kampung Kurnia belum menunjukka­n penurunan.

“Kita juga meletakkan anggota dan pegawai dalam keadaan bersiap sedia untuk melakukan lebih banyak pemindahan berikutan hujan yang masih berterusan,” katanya.

Dapat bekalan makanan Marudi, Sara-

Sementara itu di

seramai 720 mangsa terdiri daripada penduduk, guru dan pelajar

wak, Rompin, Pahang,

di Long Aton, mula mendapat bekalan makanan yang dihantar menggunaka­n helikopter pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata sejumlah 61 bungkusan makanan sdiagih kepada penduduk.

“Helikopter dari Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, mula melakukan penerbanga­n ke Long Aton sekitar jam 9 pagi tanpa sebarang masalah,” katanya.

Beliau berkata, turut menyertai misi penghantar­an bekalan makanan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan, Dennis Ngau.

Mengenai keadaan banjir di Baram, katanya, seramai 21 penduduk dari tujuh keluarga dipindahka­n ke Dewan Suarah, malam kelmarin.

“Penduduk berkenaan adalah dari rumah panjang Rh Adam, tidak jauh dari pekan Marudi,” katanya.

 ??  ?? Anggota Bomba dan Penyelamat bersama ADUN Telang Usan, Dennis Ngau menyerahka­n barang keperluan asas kepada penduduk dalam Misi Penghantar­an Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Khidmat PBB Telang Usan ke Long Aton, Baram Miri.
Anggota Bomba dan Penyelamat bersama ADUN Telang Usan, Dennis Ngau menyerahka­n barang keperluan asas kepada penduduk dalam Misi Penghantar­an Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Khidmat PBB Telang Usan ke Long Aton, Baram Miri.
 ??  ?? Keadaan banjir di Kampung Kurnia Rompin selepas hujan lebat sejak seminggu lalu.
Keadaan banjir di Kampung Kurnia Rompin selepas hujan lebat sejak seminggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia