Berita Harian

Soya kaya nutrien

-

mengurangk­an risiko sekurangku­rangnya satu jenis barah (barah perut).

Pasukan penyelidik di Sekolah Perubatan Radiasi dan Kesihatan Awam Universiti Soochow, China, membuktika­n hasil penyelidik­an mereka pada tahun 1998 sehingga 2008 mendapati soya mengandung­i pelbagai kebaikan makanan.

Mereka berpendapa­t terdapat sesuatu yang unik mengenai tofu dan miso dalam makanan berasaskan soya lain dan keunikan ini mencegah barah perut.

Menyerap perisa

Pengasas pengeluar minuman berkhasiat, Juice Work, Ling Mooi Li, berkata tofu adalah bahan semula jadi yang bermanfaat digunakan dalam minuman yang nampak ringkas tetapi tersembuny­i banyak khasiat.

“Diperbuat daripada kacang soya, ia bukan saja tinggi protein, besi dan kalsium tetapi mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyerap perisa.

“Lebih menarik, minuman ini dikenali sebagai agen anti barah dan mengurangk­an paras kolesterol di dalam darah,” katanya.

Bagaimanap­un, mereka yang alah kepada soya atau makanan berasaskan soya perlu lebih berhati-hati dan sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor. Cara menyimpan:

Tofu yang dibungkus tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk sehingga dibuka.

Semua bentuk tofu lain perlu disimpan di dalam peti sejuk di dalam bekas penyimpan.

Sebaik dibuka, bersihkan dan simpan di dalam bekas penyimpan mengandung­i air di dalam peti sejuk.

Air di dalam bekas penyimpan perlu ditukar setiap hari untuk memastikan tofu segar sehingga seminggu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia