Berita Harian

Tangani kerosakan saraf akibat diabetik

Penghidap perlu waspada komplikasi, risiko potong kaki

- Oleh Halina Mohd Noor

Nenek Siti menghidap diabetes yang kelihatan tidak bahaya sehinggala­h beliau mengadu rasa kebas dan sakit seperti tercucuk jarum pada kakinya yang membuatkan dia berasa tidak selesa.

Suatu hari, jangkitan pada kaki kanan nenek Siti menjadi sangat parah sehingga doktor terpaksa memotong kakinya.

Rasa kebas, berdenyutd­enyut, rasa terbakar dan kehilangan deria rasa adalah simptom kerosakan saraf.

Ulser kaki

Oleh itu, apabila saraf yang bertanggun­g jawab terhadap deria rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu rosak teruk, lepuhan yang terdapat pada bahagian kebas tidak disedari dan bertukar menjadi ulser kaki yang serius.

Apabila ulser mendapat jangkitan, ia mungkin membabitka­n tendon dan tulang, lama-kelamaan membawa kepada pemotongan sebahagian atau keseluruha­n kaki.

Neuropati periferal juga dikenali sebagai kerosakan saraf periferal adalah keadaan membabitka­n saraf di luar sistem saraf pusat terutama pada lengan dan kaki.

Perkataan neuropati terbentuk daripada dua perkataan, ‘neuro’ yang merujuk kepada saraf dan ‘pati’ yang bermaksud penyakit.

Saraf diabetes

Kerosakan saraf periferal yang disebabkan oleh diabetes jenis 1 atau jenis 2 dikenali sebagai kerosakan saraf diabetes.

Berdasarka­n statistik, lebih kurang 60-70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf dan risiko untuk mengalami pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih tinggi.

Oleh itu, jika anda mengalami paras gula dalam darah yang tinggi, ada beberapa langkah boleh diambil bertujuan menghindar­i kerosakan saraf diabetes dan mencegah komplikasi pemotongan anggota. Artikel ini ialah ihsan daripada Live-well Nutraceuti­cals. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ahli farmasi anda atau telefon Live-well Infoline: 03-6142 6570 atau e-mel ke info@livewell2u.com

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia